Poket tebal dalam erti kata lain duit yang banyak membuat selebriti Hollywood yang terkenal menghabiskan wang mereka untuk melabur. Segelintir daripada mererka percaya bahawa perniagaan dalam bidang hospitaliti seperti restoran atau bar menjadi pilihan yang tepat. Namun terdapat juga antara mereka yang memilih perhotelan dan penginapan sebagai salah satu pelaburan dalam bidang hartanah.
Time melaporkan, segelintir selebriti Hollywood ternyata memiliki pelaburan dalam bidang hartanah. Daripada beberapa nama, Hugh Jackman adalah selebriti yang mempunyai pelaburan dalam kategori penginapan. Terdahulu, Jackman gemar menghabiskan masa hujung minggu beliau di Gwinganna Health Retreat Australia Gold Coast, Australia.
Namun setelah menginap beberapa hari, Jackman terus tertarik untuk menjadi seorang pelabur. Beliau kini menjadi pemilik bersama di tempat beliau menginap yang terkenal dengan layanan spa, aktiviti luar, serta terapi tekanan dari penginapan dengan pemandangan sejuk di Australia.
Bukan hanya Jackman, pelakon senior iaitu Robert DeNiro juga merupakan Ikon kepada Tribeca Eatery Locanda Verde dan The Luxury Shibui Spa dari Greenwich Hotel. Hotel-hotel tersebut termasuk Hotel Greenwich menjadi antara tempat penginapan paling laris di New York, Amerika Syarikat. Bukan itu sahaja, DeNiro juga merupakan pemilik Nobu Hotel di Manila, dan pengasas bersama di Nobu Hospitality Group.
DeNiro juga menjadi pemilik kepada beberapa buah restoran yang diuruskan oleh chef terkenal, Nobu Matsuhisa. Berdasarkan data, kini Nobu Hospitality Group memiliki 32 buah restoran yang terletak di beberapa lokasi, serta sembilan hotel. DeNiro menjadi salah satu pelakon yang termasuk dalam kategori berjaya dalam bidang perniagaan hartanah.
Walaupun masih belum direalisasikan, pelakon terkenal, Leonardo Dicaprio sudah melaburkan wang beliau berujumlah 1.75Juta USD untuk membangunkan resort blackadore Caye di salah sebuah pulau di Belize, Amerika Tengah. Bangunan tersebut kini dalam peringkat pembinaan dan bakal menjadi salah satu resort mewah di Belize.