Tanda tanya tentang pelaporan kewangan dan dasar perbelanjaan yang bakal dilaksanakan oleh pihak kerajaan telah pun diketahui dengan pembentangan di dalam Bajet 2019. Setiap tahun rakyat Malaysia menantikan dasar fiskal yang telah direncanakan untuk mereka sama ada ia memberi manfaat atau membebankan.
Bajet 2019 telah memberikan banyak reaksi sama ada positif atau negatif. Pelbagai bentuk insentif yang telah digariskan sama ada ia adalah kesinambungan dari bantuan terdahulu, bantuan yang diimprovasi mahupun bantuan baharu. Untuk itu, artikel ini ditulis khas untuk merumuskan bajet 2019 yang melibatkan beberapa sektor utama
#1 Kesejahteraan Rakyat.
- Meneruskan Bantuan Sara Hidup (BSH) khusus kepada golongan B40 iaitu golongan isi rumah berpendapatan rendah.
- Isi rumah yang mempunyai pendapatan RM 2000 ke bawah bakal mendapat bantuan RM 1000.
- Pendapatan isi rumah RM 2001 sehingga RM 3000 mendapat manfaat sebanyak RM 750
- Isi rumah berpendapatan RM 3001 sehingga RM 4000 mendapat bantuan RM 500
- Memperkenalkan Bantuan Sara Hidup (BSH) tambahan iaitu memberikan sebanyak RM 120 kepada setiap anak berumur 18 tahun ke bawah namun diterhadkan hanya kepada 4 orang anak sahaja.
- Anak OKU yang tidak dihadkan umur juga mendapat manfaat sama sebanyak RM 120.
#2 Sektor Pembangunan.
- Memperuntukkan RM 100 Juta untuk mengukuhkan lagi pembangunan orang Asli untuk memastikan mereka tidak tercicir daripada pembangunan negara.
- Peruntukan perbelanjaan FELDA sebanyak RM 100 Juta untuk tujuan naik taraf jalan di FELDA.
- RM 160 untuk tambah baik sistem bekalan air, manakala RM 35 Juta untuk membina dan naik taraf bangunan serta projek pemasangan lampu jalan di penempatan FELDA.
- Membina dan menaiktaraf jalan raya dan jambatan dengan peruntukan sebanyak RM 926 Juta.
- Memperluas keboleh capaian (akses) bekalan elektrik dan air di kawasan luar bandar.
- Memberikan peruntukan sebanyak RM 85 Juta untuk kemajuan Kampung Baharu.
- Peruntukan bernilai RM 100 Juta untuk mensejahtera kaum India.
- Bagi persatuan penduduk bakal mendapat manfaat sebanyak RM 20 Juta namun hanya tertakluk kepada persatuan yang berdaftar.
# 3 Sektor Pendidikan.
Rancangan menaiktaraf dan penyelengaraan sekolah:
- Memperuntukkan sebanyak RM 250 Juta bagi Sekolah Kebangsaan, RM 50 Juta untuk SJKC, SJKT, Sekolah Berasrama Penuh, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, Sekolah Mubaligh, dan Sekolah Tahfiz.
- Manakala, bagi Sekolah Pondok Berdaftar diberikan peruntukan RM 25 Juta, SMJKC / Comforming School diberikan RM 15 Juta,
- RM 12 Juta pula dijanjikan kepada Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC).
Pendidikan Tinggi dan Vokasional
- Dana Wibawa Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebanyak RM 30 Juta.
- Memperkasa aktiviti penyelidikan di peringkat IPT dengan memperuntukkan RM 400 Juta.
- Meneruskan pemberian biasiswa dan pinjaman pelajaran dengan peruntukkan dana sebanyak RM 3.8 Billion.
#4 Sektor Pengangkutan.
- Memperkenalkan pas bulanan yang bernilai RM 100 tanpa had perjalanan meliputi servis rel dan RapidKL
- Menawarkan insentif subsidi dengan kadar faedah sebayak 2% kepada perkhidmatan teksi, pengusaha pengangkutan bas, dan pengendali pengangkutan awam.
- Membekukan kenaikan tol di semua lebuh raya di kawasan bandar.
- Memansuhkan tol motosikal di jambatan pertama dan kedua di Pulau Pinang serta Lebuhraya Laluan kedua di Johor.
#5 Sektor Perumahan.
- Memperuntukkan sebanyak RM 400 Juta untuk menyelenggara dan membaik pulih kuarters perumahan kakitangan kerajaan.
- Mendapat persetujuan daripada Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REDHA) untuk mengurangkan 10% harga rumah.
- Kerajaan Pakatan Harapan membenarkan platform penjanaan dana masyarakat yang menjadi sumber alternatif bagi urusan pembelian rumah. Namun, platform ini dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti melalui pinjaman terbuka antara rakan setara.
Bajet yang telah dibentangkan adalah suatu perancangan rapi yang dilakukan oleh pihak pentadbir untuk masyarakat. Pelbagai bentuk bantuan yang telah digariskan perlu dimanfaatkan sebaiknya oleh para penerima dan terus kekal berusaha untuk meningkatkan kehidupan dengan usaha sendiri.