SUBANG JAYA: Keadaan tenang di sekitar kawasan kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25 di sini mulai kecoh seketika apabila didatangi sekumpulan anak muda kira-kira jam 11.15 malam Selasa.
Kumpulan yang dianggarkan seramai 100 orang itu bagaimanapun telah dihalang pihak polis untuk menghampiri kawasan kuil.
Kehadiran mereka katanya hanya untuk berhimpun secara aman. Namun identiti kumpulan tersebut tidak dapat dipastikan.
Terdahulu, kelibat kumpulan itu turut dilihat melintasi kawasan kuil berkenaan.
Pihak polis dijangka meningkatkan lagi tahap keselamatan di kawasan kuil ini sepanjang malam.
BACA: Laluan ke kuil Sri Maha Mariamman ditutup
BACA: Rusuhan kuil: “Cakap senang, tapi polis ada SOP” – KPN
BACA: Insiden kuil berunsur jenayah, dalang tidak akan terlepas – Tun M