KUALA LUMPUR: Satu lagi berita gembira daripada skuad tenpin bowling negara!
Pasangan beregu lelaki, Adrian Ang dan Tun Ameerul Hakim Tun Hasnul Azam berjaya meraih pingat emas dalam acara beregu lelaki pada Kejohanan Bowling Lelaki Dunia 2018, di Hong Kong malam ini.
Mereka menewaskan pesaing Amerika Syarikat dengan mencatat 433-370 jatuhan pin pada final.
Perkara ini diumumkan oleh Majlis Sukan Negara Malaysia di laman Twitter rasmi mereka, sebentar tadi.
Pada Sabtu lalu, pemain tenpin bowling negara, Rafiq Ismail menamatkan kemarau 39 tahun apabila berjaya membawa pulang pingat emas dalam acara perseorangan di Kejohanan Bowling Dunia Lelaki di Hong Kong.