KALAU sudah namanya rezeki, ia tidak pernah salah alamat.
Demikian nasib yang menyebelahi seorang pemandu Ojek yang tidak pernah terfikir yang dia akan menerima durian runtuh.
Dengan kerjanya sebagai pemandu Ojek, selama ini dia hanya mampu bermimpi sahaja untuk memandu kereta mewah.
Maklum, dengan pendapatan yang tidak banyak mana ditambah dengan kos hidup yang sangat tinggi di Jakarta menyulitkan dia untuk merasai kekayaan.
Bagaimanapun, keputusannya menyertai cabutan bertuah anjuran sebuah platform e-dagang tanpa dirancang memnberikan kejutan besar buat Dedi Heryadi.
Bayangkan, dengan wang simpanan berbaki Rupiah 14,000 (RM4) dia terdetik mencuna nasib dalam peraduan SeruSeru yang mensyaratkan peserta yang ingin menyertainya hanya perlu membuat pelaburan sebanyak Rupiah 12,000 (RM3.45).
Tanpa meletakkan sebarang harapan, pada keesokan harinya, Dedi dikejutkan dengan berita yang namanya terpilih sebagai pemenang bertuah hadiah utama sebuah kereta Mini Cooper tiga pintu.
Kemenangan itu, kata Dedi, sesuatu yang tidak pernah disangka akan terjadi dalam hidupnya kerana sebelum ini dia pernah menyertai peraduan yang sama, tapi tidak pernah brjaya.
Portal The Jakarta Post melaporkan, di sebalik kegembiraan itu, Dedi bagaimanapun, meluahkan rasa sedihnya kerana dengan kerjayanya sebagai pemandu Ojek, amat sukar untuk memiliki kereta mewah itu.
Ini kerana, kata Dedi, untuk memiliki Mini Cooper itu, dia harus menjelaskan cukai kereta itu dan meminta bantuan Bukalapak untuk menjual kereta itu.
Dedi menjangkakan cukai yang perlu dibayarnya mencecah Rupiah 20 juta (RM5,700).
Jumlah cukai yang tinggi itu amat membebankannya dan dia akhirnya membuat keputusan untuk menjual Mini Cooper itu dan menyimpan wang itu untuk perbelanjaan keluarga.
Baca lebih lanjut di https://www.mstar.com.my/global/dunia/2018/12/17/meghan-