KUALA LUMPUR: Isteri vokalis Seventeen, Riefian Fajarsyah, Dylan Sahara disahkan meninggal dunia dalam kejadian tsunami yang terjadi pada Sabtu malam di Banten, Selat Sunda.
Menerusi muat naik di Instagram Story, Riefian atau lebih mesra dipanggil Ifan mengucapkan ‘Alhamdulillah kita udah semobil lagu Yuk pulang yuk @dylan_sahara’. (Alhamdulillah kita sudah bersama dalam satu kenderaan, ayuh kita pulang Dylan Sahara)
Sambil memegang jenazah isterinya, ia kematian selepas Seventeen hilang tiga anggota dalam bencana itu.
BACA: Andi Seventeen turut jadi korban dalam tragedi tsunami
BACA: Selepas tsunami, pengikut akaun IG Seventeen naik mendadak
BACA: Anggota Seventeen Herman pula disahkan terkorban
Ifan sebelum ini menzahirkan rasa bangga dapat menjadi rakan sepentas bersama-sama Herman, Bani dan juga Andi.
Pada Ahad, Ifan mengesahkan M Awal Purbani atau Bani, maut dalam kejadian bencana alam itu.
Beberapa jam kemudian, pemain gitar band popular tersebut, Herman Sikumbang dan juga kru, Ujang merupakan antara yang disahkan korban dalam tragedi tersebut.
TONTON: Gunung berapi Anak Krakatau meletus? Ini sejarahnya
BACA: Korban tsunami Selat Sunda Indonesia meningkat kepada 373 orang
Jumlah korban susulan tragedi tsunami di Selat Sunda pada Sabtu malam kini meningkat kepada 373 orang.
Menurut kenyataan dikeluarkan oleh jurucakap Badan Bencana Nasional Indonesia, Sutopo Purwo Nugroho malam Ini, 128 yang lain masih hilang manakala 1,459 tercedera.