TLAHUELILPAN: Sekurang-kurangnya 66 orang maut manakala 76 lagi cedera dalam kejadian letupan akibat kebocoran saluran paip minyak di Tlahuelilpan, Mexico, pada Sabtu.
Angka korban sebelum ini dilaporkan seramai 21 orang, namun meningkat pada lewat petang.
Siasatan mengesahkan paip itu bocor angkara tindakan pencuri minyak.
Syarikat petroleum milik negara, Pemex, beberapa kali pernah mengalami kemalangan berkaitan kebocoran.
Sekurang-kurangnya 37 orang terbunuh dalam letupan di ibu pejabat Mexico City pada 2013 dan 26 lagi meninggal dunia akibat kebakaran di fasiliti gas pada 2012.