Dalam erti kata yang mudah difahami penjenamaan semula ialah memberikan nama baru kepada produk dan bisnes untuk melakukan perubahan serta penambahbaikan.
Penjenamaan semula bukanlah suatu yang asing di dalam perniagaan. Bahkan banyak bisnes yang kecil mahupun sudah ternama turut melakukannya.
Antara syarikat ternama yang berani melakukan penjenamaan semula adalah seperti Microsoft, Google, Starbucks, Coca Cola, Pepsi, Nike dan banyak lagi.
Namun, penjenamaan semula bukan sekadar menukar logo atau nama semata-mata sebaliknya lebih banyak skop yang perlu diambil kira agar penjenamaan yang anda lakukan bukan sia-sia.
#1 Mengubah Logo.
Logo bukan sekadar perlu diubah hanya untuk menampakkan kelainan. Tetapi, yang lebih utama ialah mencipta satu logo pada suatu dimensi berbeza berbanding sedia ada.
Pastikan logo lebih jelas dengan bisnes yang anda bawa. Dengan hanya melihat pada logo orang sudah tahu yang itu adalah bisnes anda.
Logo juga mestilah menarik dan menangkap mata sesiapa yang melihatnya. Reka satu logo yang mengikut perubahan semasa serta bermainlah dengan warna-warna yang menambah sisi menarik pada logo bisnes.
#2 Tonjolkan Kelainan.
Apabila anda melakukan penjenamaan semula pasti ada kelainan yang dilakukan. Dengan melakukan penjenamaan semula inilah peluang untuk pemilik bisnes melakukan banyak rombakan ke arah yang lebih baik pada bahagian dalaman mahupun luaran perniagaan.
Daripada segi dalaman bisnes kelainan boleh dibuat daripada bahagian operasi syarikat dengan melakukan perubahan yang berbeza mengikut department.
Daripada segi kelainan yang boleh ditunjukkan kepada pelanggan mungkin anda boleh lakukan dengan produk misalnya kelainan daripada packaging. Pastikan pelanggan sedar yang anda sedang lakukan penjenamaan semula dengan menonjolkan kelainan.
#3 Meningkatkan Kualiti.
Kualiti ini boleh digapai dengan usaha penambahbaikan yang anda lakukan. Sebagai contoh boleh meningkatkan kualiti servis kepada pelanggan ke tahap yang optimum.
Penjenamaan semula yang berupaya meningkatkan kualiti akan menampakkan bisnes anda berbeza dengan pesaing lain dan telah berada pada satu tahap yang berbeza.
Paling utama di dalam penjenamaan semula ialah anda bukan sekadar membuat perubahan tetapi membuat sesuatu yang berbeza.
Dalam bisnes jangan kekal pada suatu kedudukan sama sahaja kerana anda tidak akan mencapai apa-apa. Sebaliknya beranikan diri melakukan perubahan mengikut trend dan keadaan semasa. Apple, Adidas dan KFC antara syarikat gah yang suatu ketika dahulu pernah melakukan penjenamaan semula kini sudah menjadi jenama gah. Jenama bisnes anda juga boleh!
Sumber gambar : Google Image.