KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, nyata adalah antara yang paling gembira selepas Barisan Nasional (BN) menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.
Ia jelas dilihat melalui gambar swafoto bersama dua bekas menteri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di laman sosial Facebook, dengan status “Apa Khabar bossku?”.
BACA: BN kekalkan kerusi Cameron Highlands, Manogaran kalah lagi
Ahli Parlimen Pekan itu adalah antara individu yang aktif di media sosial dan turun padang ke Cameron Highland bagi memastikan BN menang di kerusi Parlimen itu.