Kini perniagaan boleh dianggap sebagai satu kerjaya. Di sebalik perniagaan pasti ada individu yang dipanggil usahawan. Dalam perniagaan anda pasti tidak mahu hanya produk sahaja yang dikenali tetapi pengasasnya juga. Contohnya bila sebut sahaja AirAsia orang pasti sudah terbayang Dato’ Tony Fernandes.
Personal branding penting untuk nama, imej, dan prestasi bisnes anda. Ini juga dapat memastikan anda tidak lagi berniaga secara sorok-sorok di balik nama bisnes dan produk sahaja.
Apa yang boleh dilakukan dalam personal branding? Mudah sahaja, baca entri kali ini sampai habis!
1) Gunakan Imej Professional.
Apabila anda menggunakan media sosial sebagai platform bisnes pastikan anda menggunakan imej yang professional. Bijak dalam melakukan pemilihan imej kerana ia bakal dinilai oleh umum khususnya prospek pelanggan.
Gunakan imej professional sebagai profile picture dan jangan lupa untuk menggunakan nama sebenar. Ini bakal menaikkan kepercayaan orang kepada anda sebagai seorang usahawan yang membawa nama produk tertentu.
2) Konsistensi Dalam Posting.
Buat posting dalam bentuk penulisan atau video. Lebih kerap anda lakukan posting lebih bagus. Anda boleh gunakan Facebook sebagai funnel untuk anda lakukan posting. Pelanggan akan lihat nilai yang anda berikan pada posting berkenaan.
Ini bukan sahaja dapat meningkatkan imej bahkan dapat memperbanyakkan lagi engagement dengan pelanggan di media sosial.
3) Aktif Di Media Sosial.
Biar pelanggan merasai kewujudan anda dengan penglibatan aktif di ruang media sosial. Pastikan media sosial anda seperti Facebook, Twitter, Instagram, Blog, Youtube dan sebagainya sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa.
Orang akan lebih tertarik melihat laman sosial yang lebih aktif berbanding sunyi sahaja.
4) Perkongsian Pengalaman.
Di dalam berbisnes jangan hanya sibuk menjual barang. Itu bukan sikap usahawan yang sebenar. Lebih penting ialah anda cuba untuk melakukan seberapa banyak perkongsian dengan para pelanggan.
Perkongsian ini boleh dilakukan dalam bentuk penceritaan pengalaman anda sendiri dalam berbisnes. Pelanggan yang dengar akan merasa lebih dekat dengan kisah peribadi anda sendiri. Selain itu anda boleh kongsikan tip, panduan, tutorial dan lain-lain yang lebih bersifat memberi daripada memaksa membeli.
Personal branding perlu dilakukan dengan betul dan berhati-hati kerana ia melibatkan nama usahawan dan produk mereka sendiri. Tampilkan diri anda yang sebenar untuk melonjakkan lagi nilai personaliti, imej dan kredebiliti yang lebih professional.