TIDAK masuk akal.
Jika dahulu jejaka transgender ini sanggup menghabiskan duitnya untuk kelihatan seperti pemain bola sepak dunia, David Beckham, kini dia mendedahkan telah berubah ‘angin’ dan ingin kelihatan seperti Victoria, isteri kepada David pula.
Jack Johnson, 22, berkata dia sangat meminati fesyen dan gaya yang ditampilkan Victoria yang juga bekas ahli kumpulan popular British, Spice Girls dan kalau boleh ingin menjadi seperti kembarnya, lapor The Sun.
Jack juga sanggup menukar namanya disamping akan berbelanja lebih RM95 ribu (£18,000) untuk memastikan perubahan sepenuhnya.
BACA: Takut punggung ‘pecah’, wanita ini tidak berani duduk
BACA: Walaupun hanya ke pasar Taman Tun, wanita Ini melaram bak Barbie… dah kenapa tu?
Sebelum ini, dia telah berbelanja kira-kira lebih RM100,000 (£20,000) dalam usaha untuk kelihatan seperti David Beckham dan dalam usahanya itu telah menyebabkannya terpaksa menanggung hutang.
Ini termasuk menaikkan bulu kening, membuat gigi plastik, menyuntik bibir dan pipi dengan Botox dan memerangkan kulit.
“Saya suka muka, tubuh dan segala-galanya tentangnya. Saya ingin kelihatan seperti kembarnya apabila saya selesai menjalani pembedahan,” katanya kepada media.
Tambahnya, semua ahli keluarganya menyokong apa yang dilakukannya kerana apa yang mereka mahu adalah dia gembira dengan apa sahaja yang dia lakukan. – Agensi