EASTERN CAPE: Seorang wanita mendakwa menjadi mangsa rogol anak lelakinya sendiri.
Dalam kejadian di Eastern Cape, Afrika Selatan itu, mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang dari sebuah pub.
Suspek didakwa mengheret ibunya dari jalan utama sebelum melakukan perbuatan terkutuk itu.
Kejadian tersebut berlaku pada Jumaat lalu sekitar jam 7 petang waktu tempatan.
Jurucakap polis, Kapten Jackson Manatha berkata, mangsa menyedari seseorang berjalan di belakangnya.
“Dia (mangsa) diseret jauh dari jalan raya dan suspek menyerangnya. Mangsa kemudian diperkosa oleh suspek,” katanya.
Jelas Kapten Jackson, pihaknya mengecam perbuatan terkutuk suspek kerana dia sepatutnya melindungi ibunya.
Beberapa media melaporkan suspek berusia dalam linkungan 28 hingga 29 tahun.