Bagaimana sistemHR.com Dapat Membantu Perniagaan Anda?
Anda sudah tentu anda menghadapi pelbagai masalah yang berkaitan dengan pekerja. Seringkali masalah itu berlaku secara berantai, bermula dari pendaftaran pekerja baru, penentuan tempoh percubaan, tempoh kontrak, pengiraan gaji, penjadualan, kehadiran dan gaji
Kesilapan mengenai bayaran gaji adalah sensitif dan sebanyak mungkin dielakkan. Ia boleh direalisasikan jika anda menggunakan software payroll sistemHR.com yang merupakan aplikasi yang direka untuk membantu kerja-kerja operasi HR seperti pengendalian data pekerja, penjadualan, kehadiran dan pengiraan gaji.
Terdapat 16 kelebihan yang perlu anda ketahui jika anda menggunakan
software payroll sistemHR.com
1-Dashboard Pekerja Yang Komprehensif
Dashboard Pekerja direka untuk memudahkan akses maklumat tertentu melalui satu halaman.
Dashboard tersebut juga membolehkan tugas harian dilakukan dengan mudah. Seseorang perkerja dapat memantau kehadiran melalui kalendar, melihat bila cuti diambil, menyemak notis terbaru di Notice Board, melihat tarikh-tarikh cuti umum dan hari jadi rakan sekerja, serta memuat turun slip gaji bulanan.
2-Tuntutan Perbelanjaan
sistemHR.com memudahkan pengurusan perbelanjaan dan tuntutan yang dibuat oleh para pekerja. Para pekerja dapat membuat pelbagai jenis tuntutan serta menyertakan maklumat yang berkaitan semasa membuat tuntutan seperti bil talian, prabayar telefon mudah alih, perbelanjaan lawatan tapak kerja dan sebagainya. Tuntutan perbelanjaan yang telah diluluskan ditambah secara automatik ke dalam gaji.
3-Pengurusan Cuti
Memohon cuti dapat dibuat dengan mudah menggunakan sistemHR.com. Seorang pekerja boleh memohon untuk mengambil cuti pada hari tertentu atau menggunakan julat tarikh apabila memohon cuti panjang, contohnya cuti sakit atau cuti bersalin.
Pemohonan cuti dihantar kepada Pengurus Sumber Manusia untuk mendapat kelulusan, Selepas diluluskan atau tidak, pekerja akan diberitahu melalui e-mail.
4-Permohonan Jawatan
Bahagian Permohonan Jawatan (Job Application) membolehkan seseorang pekerja merujuk orang lain kepada jawatan kosong dalam organisasi. Ini menggalakkan penglibatan mereka dalan merujuk calon-calon yang baik untuk jawatan yang dibuka dan menyenangkan para Pengurus menguruskan saranan-saranan yang diterima.
5-Dashboard Admin
sistemHR.com memberi tumpuan dalam memberi laluan mudah kepada maklumat. Dashboard Admin memuatkan statistik am untuk memberi gambaran keseluruhan tentang apa yang sedang berlaku dalam organisasi. Antaranya, statistik jumlah pekerja, jumlah bahagian (department), anugerah, kedatangan, perbelanjaan syarikat, hari jadi pekerja, senarai anugerah dan lain-lain; sentiasa sedia untuk dirujuk pada dashboard tersebut.
6-Pengurusan Pekerja
Anda dapat menguruskan semua pekerja dan data mereka dalam organisasi dengan mudah menggunakan sistemHR.com. Tugasan seperti menanbah pekerja baru, mengemaskini maklumat pekerja, melupuskan maklumat pekerja dan lain-lain dapat dibuat tanpa sebarang kerumitan. Anda juga boleh membuat Kredit Cuti (Cuti Tahunan) seseorang pekerja berdasarkan pengalaman dan prestasinya.
7-Penjana Slip Gaji
Anda tidak perlu menggunakan software penggajian lain untuk menjana slip gaji kerana ia boleh dibuat dalam sistemHR.com. sistemHR.com memberi interface mudah untuk menjana slip gaji dengan mudah dan menyeronokkan. Kemudian anda boleh menambahkan bayaran mengikut jam, elaun dan penolakan gaji; kemudian jana, edit dan hantar slip gaji melalui e-mail kepada para pekerja, semuanya melalui sistemHR.com
8-Pengurusan Ganjaran
Sebagai pengurus Sumber Manusia yang baik, anda selalunya memberi ganjaran dan penghargaan kepada para pekerja. Walau bagaimana pun, apabila bilangan pekerja semakin bertambah, makin sukar untuk menjejaki ganjaran dan penghargaan yang diberi. Jangan bimbang, dengan sistem HR.com, anda dapat menguruskan anugerah, pencapaian dan penghargaan yang diberi dalam organisasi anda.
9-Papan Notis
Menggunakan fungsi papan notis (Notice Board) dalam sistemHR.com, anda boleh membuat pengumuman kepada semua pekerja dalam syarikat. Notis boleh dibaca di Dashboard Pekerja dan boleh juga diumumkan melalui e-mail.
10-Pengurusan Perbelanjaan Syarikat
Pantau perbelanjaan syarikat dengan mudah. Apa-apa perbelanjaan daripada pembelian kecil seperti pensel, sehinggalah pembelian besar seperti komputer riba, bil, perbelanjaan majlis dan lain-lain, dapat dimasukkan kedalam sistem pengurusan perbelanjaan. sistemHR.com menunjukkan statistik perbelanjaan bulanan yang boleh membantu and mengetahui apabila anda melebihi had berbelanja dan membolehkan langkah kawalan diambil.
11-Pengurusan Kedatangan
Anda boleh menyemak kedatangan semua pekerja dengan hanya satu klik. Anda hanya perlu memilih nama pekerja yang tidak hadir dan tik kehadirannya.
Anda juga boleh melihat kehadiran pekerja secara bulanan.
12-Senarai Cuti
Cuti syarikat lebih mudah diuruskan. Apa sahaja cuti pada tahun semasa dapat dirancang lebih awal dan ditambah. Para pekerja boleh melihat cuti yang akan datang pada Dashboard mereka dan membuat perancangan awal.
13-Admin Permohonan Jawatan
Anda boleh menyemak resume yang dihantar oleh pekerja dan memilih calon-calon terbaik. Dia juga boleh menyemak terlebih dahulu resume yang dihantar tanpa memuat turunkannya.
14-Sesuaikan Dengan Keperluan Anda
sistemHR.com memberi pelbagai pilihan untuk menyesuaikannya mengikut keperluan syarikat. Anda boleh menukar perincian seperti logo, alamat syarikat, nombor telefon, email dan matawang yang digunakan dalam halaman Settings.
15-Lebih Daripada Seorang Admin
sistemHR.com memboehkan anda melantik lebih dari satu admin. Tambah admin tanpa had untuk meminimumkan beban anda. Anda cuma perlu mereka satu admin baru dan maklumkan melalui email tentang maklumat akaun barunya.
16-Tema Pelbagai
sistemHR.com mempunyai 11 tema front-end. Pilih tema yang disukai semua atau yang bersesuaian dengan logo syarikat..
Selepas membincangkan 16 kelebihan software payroll sistemHR.com, adakah anda mahu menggunakannya hari ini? Ia boleh digunapakai oleh kesemua jenis perniagaan di Malaysia secara PERCUMA
Layari www.sistemHR.com untuk maklumat lanjut