Dalam satu temubual yang diadakan bersama dengan pemimpin bisnes yang tersenarai dalam Fortune 500 , rata-rata memberikan jawapan yang sama apabila ditanya, “Apakah cabaran yang terbesar yang anda hadapi dalam kepimpinan semasa berusaha untuk membuatkannya bertambah baik?”, iaitu, menjadi terlalu responsif.
Maksudnya, sentiasa memeriksa dengan kerap, melakukan terlalu banyak tugas pada satu masa, sentiasa ada respon untuk sesuatu perkara yang berlaku. Mungkin kerana situasi masa kini yang mana semua orang sentiasa kekal dalam persaingan dan berlumba-lumba untuk mendahului orang lain jadi kita kadang-kadang hilang kawalan kerana percubaan untuk survival.
Dalam percubaan ini, kita akan melalui dan memberikan respon-respon seperti kecewa, cemburu, bimbang, takut dan banyak lagi emosi negatif lain yang boleh membuatkan prestasi kerja kita terjejas. Jika melarat, kita akan tertekan dan depresi. Berikut adalah tip-tip yang diberikan kepada usahawan oleh mereka yang telah berjaya, bagaimana untuk menjadi lebih berjaya tetapi bahagia.
#1-Penuhkan
Kolam Jiwa Anda Dengan Pelan Ketabahan
Sibuk, sibuk juga,untuk membina bisnes tetapi pada masa yang sama harus bersedia dari segi fizikal, emosi, mental untuk kekal bertahan walaupun dalam keadaan tertekan. Isi kekosongan dalam jiwa dan fikiran untuk membuatkan anda rasa lebih baik saat kritikal daripada membuatkan fikiran jadi lebih sarat dengan berfikir bukan-bukan.
Apa yang membuatkan anda sentiasa berasa lebih baik? Bersenam? Berjumpa teman-teman rapat? Mendengar muzik? Makan makanan yang lazat? Kenal pasti apakah perkara yang boleh membuatkan anda tenang dan tidak menjadi terlalu responsif kepada perkara-perkara atau ujian yang datang dalam hidup.
Jika anda tidak
biasa atau kurang pandai menghiburkan diri anda sendiri, tidak mengapa, buat
dengan perlahan-lahan. Sukar untuk mengubah rutin yang sudah jadi kebiasaan
jadi anda mungkin perlu membuat nota, tandakan pada kalendar dan sebagainya
untuk anda ingat yang anda perlu lakukannya sekurang-kurangnya sekali
seminggu.
#2-Praktis
Untuk Buang & Lupakan
Anak-anak di rumah sering menyanyi lagi ‘Frozen’- Let It Go, Let It Go. Akan tetapi, walaupun sering mendengar perkataan ‘Let Go’ ini, kenapa kebanyakkan daripada kita masih sukar untuk melepaskan sesuatu yang pahit bagi kita.
Walau apa pun terjadi kepada kita, seburuk mana sekalipun, kita harus berusaha untuk menerima seadanya dan belajar untuk melepaskan perasaan yang menyakitkan kita itu kerana semakin lama digenggam dan diingat, semakin sakit kita nanti tanpa kita sedari. Tenangkan badan dan hati kita untuk elakkan kita terbuat atau tercakap sesuatu yang kita sendiri akan menyesal nanti.
Sebab itulah dalam Islam sendiri, disarankan, apabila kita marah, jika sedang berdiri duduklah, jika sedang duduk maka berbaringlah. Pergerakan ini untuk membantu kita lebih tenang dan bersedia untuk menghadapi sesuatu perkara dengan lebih baik. Apa sahaja yang anda lakukan, jika sudah di tahap rasa terpaksa dan tidak mampu untuk ikhlas lagi, nasihat mereka, jangan lakukan.
Tenangkan badan dan hati kita untuk elakkan kita terbuat atau tercakap sesuatu yang kita sendiri akan menyesal nanti. Sebab itulah dalam Islam sendiri, disarankan, apabila kita marah, jika sedang berdiri duduklah, jika sedang duduk maka berbaringlah.
Pergerakan ini untuk membantu kita lebih tenang dan bersedia untuk menghadapi sesuatu perkara dengan lebih baik. Apa sahaja yang anda lakukan, jika sudah di tahap rasa terpaksa dan tidak mampu untuk ikhlas lagi, nasihat mereka, jangan lakukan.
Kalau dengan melakukannya membuatkan anda berasa sentiasa tidak tenang, emosi, kawal perasaan anda. Cuba kawal. Namun, jika anda masih boleh bertahan dan anda hanya perlukan ruang dan rehat sebentar, tidak mengapa, teruskan.
Yang paling penting anda perlu tahu yang anda perlu merehatkan badan dengan cukup jika ingin menyelesaikan sesuatu masalah. Dengan merehatkan fisiologi anda, anda boleh berfikir dengan lebih tenang, jelas dan terbuka. Fikirkan elok-elok pilihan atau keputusan yang anda ingin ambil dna kesannya kepada jangka masa panjang.
Ingat, setiap kali ada masalah, Tarik nafas yang panjang, kemudian hela nafas anda kuat-kuat. Gerakan seringkas ini sebagai permulaan akan ubah hari buruk anda jadi lebih baik percayalah. Jangan lupa, jika anda sudah tidak betah lagi melakukan atau menghadapi perkara yang sama, kenal pasti perkara atau persekitaran baharu yang anda boleh lakukan dan ubahlah angin anda, mana-mana yang buat anda rasa lebih baik.
#3-Lihat
Sesuatu Guna Perspektif Baharu
Kadang-kadang menenangkan diri sendiri dan tubuh badan belum cukup untuk kekal berjaya tapi bahagia. Memang dalam hidup kita akan berhadapan dengan orang-orang dan situasi yang sukar dalam hidup kita. Dan, kadang-kadang, kita tidak dapat mencapai dua perkara ini iaitu berjaya dan bahagia bukan kerana orang kana tetapi kerana diri kita sendiri.
Diri kita boleh menjadi musuh kekal terbaik kita sehingga akhir hayat. Kita boleh jadi terlalu kejam terhadap diri sendiri, terlalu mengkritik dan banyak lagi. Kadang-kadang kita boleh sama ada membangunkan diri kita sendiri atau merosakkan.
Jadi, sentiasalah muhasabah diri anda, jangan terlalu mengagumi dan memenangkan diri sendiri hingga salah semua apda orang, tidak ada lansung pada diri sendiri, jangan juga terlalu menyalahkan diri sendiri sehingga diri terasa begitu kerdil berbanding orang lain.
Dalam setiap perkara yang berlaku, tanya diri sendiri, apakah fakta dalam situasi ini? Apakah perkara yang benar atau yang sebetulnya patut dilakukan dalam situasi ini?
Kadang-kadang benda yang berlaku dalam hidup kita kecil sahaja, tidak perlu untuk ada drama yang begitu besar dan yang paling penting, siapa-siapa pun termasuk kita perlu berdrama untuk sesuatu perkara yang berlaku dalam hidup. Selesaikan dengan cara yang waras dan rasional.
Manusia ini sememangnya suka bercerita dan kadang-kadang dalam penceritaan, ada perkara yang silap dan ditokok-tambah. Pastikan kita jaga mulut dan telinga kita. Dalam islam sendiri berpesan, jika tiada perkara yag baik untuk dikatakan, maka berdiamlah. Jangan jemput masalah yang tidak perlu dalam hidup kita. Fokus untuk menjadi lebih baik, bukan sebaliknya.
Percayalah, setiap tindakan atau keputusan yang diambil akan menjadi lebih baik jika kita lakukannya dalam tenang dan ini adalah kunci untuk berjaya dan bahagia menurut tokoh-tokoh usahawan yang telah berjaya. Tirulah mereka yang sudah terbukti berjaya bukan ikut apa yang mereka biasa-biasa lakukan. Lakukan perkara luar biasa untuk dapat hasil luar biasa juga. Bagaimana? Bemula dengan tubuh badan anda. Selamat Praktis!
“We
are what we repeatedly do.” – Will Durant
Penulis:
Nadia Nazri