PUTRAJAYA: Spekulasi sama ada bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed akan kembali menerajui agensi tersebut terus bertiup kencang selepas beliau dilihat memasuki bangunan tersebut semalam.
Namun sehingga kini masih tidak dapat dipastikan apakah tujuan Abu Kassim hadir di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya itu atau dengan siapakah beliau bertemu.
Sumber dalaman memaklumkan Abu Kassim dilihat meluangkan masa kurang sejam di sana sebelum keluar dari pejabat tersebut.
Sehingga kini masih belum ada kenyataan rasmi daripada Bahagian Komunikasi SPRM berhubung perkara ini.
BACA: Sah! KP SPRM letak jawatan pagi tadi – Ali Hamsa
BACA: Ketua SPRM baharu akan dilantik – Tun M
Abu Kassim antara nama yang disebut-sebut sebagai pengganti kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad yang meletakkan jawatan.
Semalam Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa mengesahkan peletakan jawatan Dzulkifli dan berkata calon pengganti kini berada di peringkat perbincangan dan akan diumumkan sedikit masa nanti.