PENYANYI Nora Ariffin mendedahkan punca kematian anak keduanya, Muhammad Syakir Alif Johan pada 15 Disember lalu kerana faktor genetik.
Tambah Nora, selain itu kehilangan permata hatinya itu juga kerana sudah sampai masanya.
“Alif meninggal dunia kerana faktor genetik, begitulah lebih kurang. Satu lagi kerana sudah ketentuan ajal,” kata Nora.
Terdahulu, Nora tidak memaklumkan punca kematian anaknya yang meninggal dunia pada usia 20 tahun itu walaupun selepas dibedah siasat.
BACA: “Alif hantar ke airport pagi tadi” – Nora kenang pertemuan terakhir dengan anaknya
Menurutnya, tiada siapa dapat melawan kuasa Allah dan soal jodoh serta maut semua rahsia Yang Maha Esa.
BACA: “Bedah siasat arwah Alif tiada yang pelik” – Nora
“Ada orang yang sihat seperti pemuzik Lok-U, tiba-tiba baru-baru ini meninggal duni dan saya sendiri pun terkejut sebab sepanjang Mentor Milenia dia selalu duduk berbincang dengan Alif.
BACA: ‘Alif pergi jumpa papa.. dia tak balik dah..’ – Nora
“Walaupun kita menjaga kesihatan, kalau sudah sampai ajal akan meninggal juga,” ujarnya.
Nora sebelum ini kehilangan suaminya, Johan Nawawi yang juga seorang komposer ternama pada 24 Mac 2017.
Nora ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta produk penjagaan wajah Korea, Prettian di Glam Hall, Petaling Jaya semalam.
Produk yang berasaskan bahan semulajadi itu mengikat pelantun lagu Hanyalah Satu itu selama setahun.
Prettian Malaysia diasaskan oleh Noor Alhan Ismail dan berada di pasaran sejak setahun lalu dengan siri produk seperti Triple Oil Cleanser, Moisturiser, Silky Brightening BP Cream dan Silky Brightening Cream.