AmBank Islamic Bhd (AmBank Islamic) menyatakaan kesediaan untuk terus merancakkan segmen Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di negara ini dengan menarik minat lebih ramai usahawan supaya terlibat di dalam program-program keusahawanan yang dianjurkan pada masa akan datang.
Ketua Pegawai Eksekutif AmBank Islamic, Eqhwan Mokhzanee berkata, salah satu program keusahawanan yang akan dikelolakan pihaknya pada tahun hadapan akan melibatkan pembiayaan ke atas industri halal dan teknologi hijau.
“Kami berhasrat untuk merancakkan pembabitan di dalam kedua-dua sektor tersebut pada tahun hadapan dengan perancangan pertama adalah untuk melancarkan program inovatif bagi menyokong sektor halal yang dijadualkan berlangsung pada Januari nanti,” katanya, baru-baru ini.
Tambah Eqhwan, pendapatan keseluruhan AmBank Islamic yang disumbangkan oleh PKS telah berjaya mencatatkan peningkatan menjadi 20 peratus pada tahun ini berbanding sejumlah 13 peratus pada tahun lepas.