PORT DICKSON: Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan sebagai Ahli Parlimen Port Dickson baru dengan 31,016 undi dan majoriti sebanyak 23,560 undi, umum Pegawai Pengurus PRK Port Dickson Khairy Maamor.
Ini sekaligus menjawab teka-teki adakah Anwar mampu mendapat undi majoriti tinggi bagi mendapat mandat untuk menjadi Perdana Menteri ke-8.
Calon PAS Mohd Nazari Mokhtar pula mendapat undian sebanyak 7,456 undi dan calon Bebas yang juga merupakan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Isa Samad sebanyak 4,230 undi.
Mengenai peratusan keluar undi, Azhar berkata, peratusan yang dicatat ialah 58.8% setakat jam 5.30 tadi.
Peratusan keluar mengundi semasa Hari Pengundian Awal pada 9 September lalu yang melibatkan anggota polis dan tentera adalah 63%.
Parlimen Port Dickson mempunyai lima Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Linggi, Bagan Pinang, Sri Tanjung, Chuah dan Lukut, merangkumi 43 peratus pengundi Melayu, Cina (33 peratus), India (22 peratus) dan lain-lain kaum (2 peratus).
Kerusi Parlimen Port Dickson ini dikosongkan oleh penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68, pada 12 September lalu bagi memberi laluan kepada Anwar untuk kembali ke Dewan Rakyat.
Selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, tiga PRK telah diadakan iaitu Sungai Kandis, Seri Setia dan Balakong. Ketiga-tiga PRK tersebut mencatat peratusan keluar undi kurang 60%.