Setahun yang lalu Jack Ma telah meluahkan hasratnya untuk berhenti menerajui Alibaba. Satu dunia mengenali Jack Ma sebagai taikun dan pelopor bisnes e-commerce yang pertama di China. Billionair ini menjadi terkenal setelah berjaya membina empayar gergasi bisnes dalam talian yang kini bernilai 460 billion dollar dalam tempoh 20 tahun.
Boleh dikatakan, legasi Alibaba Group sedang berada di puncak kejayaan yang diiktiraf global selama 2 dekad berdiri teguh dibawah teraju Jack Ma yang dikenali dengan kebijaksanaannya mencatur strategi bisnes, beliau meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Alibaba Group dan meraikannya secara besar-besaran di Stadium di Hangzhou.
Persoalannya, bagaimanakah keadaan Alibaba yang sudah sinonim dengan kehadiran Jack Ma tanpa beliau sebagai peneraju?
#1-Sebab Jack
Ma Berhenti
Jack Ma sudah lama berniat untuk melakukan sesuatu yang lain selain bisnes dan mahu menumpukan perhatian kepada aktivitivi kebajikan, alam sekitar, pendidikan dan pembangunan wanita dan lain-lain. Beliau mendapat inspirasi daripada bilionanair terkenal dunia iaitu Bill Gates dan isterinya.
Mungkin ramai mengenalinya sebagai tokoh bisnes yang kaya-raya namun tidak semua mengetahui Jack Ma asalanya adalah seorang guru Bahasa Inggeris. Beliau mempunyai visi untuk membantu memperkasakan sektor pendidikan terutamanya di kawasan pedalaman.
Menurut Jack Ma, sistem Pendidikan semasa memerlukan banyak penambahbaikan dengan segera jika tidak, generasi akan datang tidak akan dapat memaksimakan potensi dalam hidup mereka. Kata Jack Ma lagi, untuk melahirkan lebih ramai usahawan yang berjaya, dia perlu menyemaikan semangat keusahawanan dan ilmu yang betul kepada mereka sejak di bangku sekolah lagi.
Jack sememangnya aktif memperjuangkan hak-hak wanita malah beliau sangat menyokong pembabitan wanita sebagai pemimpin dan pencetus dalam industri dan organisasi. Jack Ma mula menganjurkan konferen yang yang mengangkat tema wanita dan keusahawanan yang pernah melibatkan tokoh usahawan wanita terkenal seperti Arianna Huffington, Rihanna dan Vera Wang sejak tahun 2015.
Jack Ma dikenali kerana sikapnya yang sangat menghargai wanita yang bekerjaya. Beliau juga sangat mengalu-alukan pemimpin wanita untuk muncul dengan lebih banyak pada alaf moden ini. Malah, bilangan pekerja syarikatnya terutamanya unit pengurusan atasan sememangnya dimonopoli oleh wanita.
#2- Bersara
Semasa Terkenal
Jack Ma bersara pada usia 55 tahun dan usia tersebut agak muda untuk pencen berbanding dengan tokoh-tokoh usahawan lain. Namun, beliau sememangnya telah megumumkan yang beliau mahu bersara lebih awal daripada Bill Gates sejak dahulu lagi yang bersara pada usia 58 tahun pada 5 tahun yang lalu.
Menurut beberapa sumber, Jack Ma bukanlah berhenti sepenuhnya sebaliknya memilih strategi yang bijak untuk untuk mengekalkan nama dan legasinya dalam cara yang baik ketika masih dikenali, terkenal dan diperlukan.
Ada desas-desus mengatakan dia mendapat tekanan daripada Kerajaan China sendiri untuk berhenti lebih awal dengan pelbagai dasar sekatan internet namun menurut Jack Ma itu bukanlah sebab dia bersara awal.
Memilih untuk terus menyumbang bakti dalam bidang lain seperti Pendidikan, pasti usahanya itu mendapat sokongan ramai termasuklah kerajaan sendiri memandangkan bidang tersebut masih jauh ketinggalan di belakang dan perlu dimajukan. Justeru, dia memilih untuk bersara selepas 20 tahun berpenat lelah pada hari yang istimewa iaitu Hari Guru.
#3- Alibaba Tanpa
Jack Ma
Umum mengetahui yang Alibaba Group Holding akan diterajui oleh penggantinya, Daniel Zhang. Semasa mengumumkannya rancangan pesaraannya, Jack Ma jelas mahu menumpukan kepada bidang baharu iaitu Pendidikan.
Terdahulu, pada tahun 2015, beliau bersama-sama 8 orang bilionair Cina yang lain telah menubuhkan Hupan University in Hangzhou, iaitu sebuah institusi pengajian tinggi yang kini menjadi pusat jaringan bisnes yang terkemuka yang mana kebanyakkan pelajarnya merupakan CEO syarikat-syarikat teknologi yang progresif dan dinamik.
Beliau sangat mengikuti perkembangan teknologi semasa dan tidak terlepas daripada mempelajari dan mengajarnya kepada orang lain. Tidak hairanlah dia digelar “Ma Lao Shi,” atau Cikgu Ma.
Jack Ma berharap
Alibaba terus kekal kompetitif dalam industri dan mengharapkan syarikat itu
akan menjadi peneraju kepada teknologi AI, penjagaan kesihatan, logistik, dan
kewangan. Sudah tentu visi itu perlu diteruskan oleh Alibaba walaupun tanpa
kehadiran Jack Ma.
Dijangkakan, syarikat itu dibawah teraju kepimpinan baharu akan turut menerima beberapa cabaran baharu. Antara cabaran yang perlu Daniel perlu hadapi adalah untuk meningkatkan lagi bilangan pengguna. Pesaing mereka seperti JD.com dan Pinduoduo menggabungkan aplikasi lain seperti WeChat untuk menarik pengguna baharu dan memudahkan urusan pembelian.
Ini adalah satu ciri yang tiada pada Alibaba, justeru, antara cabaran terbesar adalah bagaimana untuk meningkatkan bilanggan pembeli dalam talian mereka dalam tempoh masa yang lama. Alibaba sememangnya pemain industri e-commerce yang gagah di China dan pengaruh mereka gah di peringkat global.
Dengan kekuatan pekerja seramai 103,000 di 10 buah negara dan terkini turut memasuki pasaran Asia Tenggara dan Eropah, dijangkakan Alibaba akan terus mengorak langkah yang besar.
Namun, tanpa Jack Ma yang sinonim dengan imej Alibaba yang sering bertindak sebagai duta, mungkin Daniel terpaksa berhempas-pulas untuk meraih keyakinan dan kepercayaan yang sama daripada orang awam dan pelabur asing terutamanya.
Seperti mana agak sukar untuk orang ramai menerima Tim Cook sebagai pengganti Steve Jobs kerana daya karismanya yang tiada tandingan, samalah situasinya dengan Daniel sebagai pengganti Jack Ma. Daniel turut mempunyai kredibilitinya yang tersendiri sebagai tokoh bisnes dan turut mencipta kejayaan sendiri namun masih belum terbukti dapat menyaingi kehandalan Jack Ma.
Daniel mungkin terkenal di Asia namun di negara barat, namanya tidak begitu dikenali berbanding Jack Ma yang mampu memanggil taikun-taikun bisnes Amerika untuk duduk semeja dan berbincang.
Meskipun kekuatan Alibaba banyak dipengaruhi oleh imej unggul Jack Ma sebagai pengasas, namun Alibaba turut dikenali kerana kelebihannya bertindak pantas dan mengadaptasi pasaran semasa. Diharapkan, kekuatan ini terus kebal dalam ekosistem budaya organisasi syarikat gergasi ini meskipun bertukar pimpinan.
Walaupun telah bersara, Jack Ma masih memegang jumlah besar saham syarikat. Jadi, tidak salah untuk mengandaikan yang Alibaba pasti akan terus membangun dengan pesat dalam pemikiran,pergerakan dan tindakan yang berbeza.
Sumber rujukan:
https://edition.cnn.com/2019/09/09/tech/jack-ma-retire-alibaba/index.html
Nama penulis:
Nadia Nazri