Asas Kewangan Yang Hebat Penentu Strategi Terbaik Syarikat Anda.
oleh Team Richworks pada 27 April 2018
Kenapa ramai orang pening-pening kepala fikirkan soal akaun dan kewangan syarikat yang asyik tak terurus? Cuak sahaja selalu bila dengar LHDN nak buat lawatan mengejut, atau tidur malam tak lena sebab tak pasti GST perlu buat ke tak perlu, atau paling haru, betul ke tidak GST yang aku buat ni? Soal ‘berat-berat’ ni mungkinlah anda rasa berbaloi nak fikir. Tapi, kalau soal syarikat jenis apa perlu diguna untuk bisnes pun anda masih keliru dan ragu, sah, anda perlu rela untuk disekolahkan semula oleh Cikgu J! Cikgu J paling marah kalau anda tak ambil kisah dan tak tahu hal-hal sebegini. Tambah lagi bila syarikat buat duit cuma atas kertas saja! Kertas duitnya entah kemana!
Ketua syarikat yang baik dan hebat bukan saja tahu buat duit, tapi juga tahu kemana duit itu pergi dan dibelanjakan, selain tahu cara untuk simpan dan beranakkan duit dengan cara yang sah! Berniaga paling minimum 3 tahun sahaja tempoh yang sepatutnya untuk lihat peningkatan demi peningkatan dari segi keuntungan dan pelebaran sayap syarikat. Jika lebih dari itu, anda adalah hamba pada syarikat anda.
Cikgu J kembali lagi May ini bersama modul Entrepreneur Foundation Program beliau yang memang tak boleh disangkal lagi sangat membantu para usahawan mengelakkan kebocoran-kebocoran wang syarikat, melipat gandakan keuntungan dengan sistem pemfailan yang sistematik dan teratur dan banyak lagi hal berkaitan kewangan syarikat.
Sesuai namanya, EFP adalah asas yang perlu dikuasai oleh kesemua ahli bisnes, tak kira lama atau baru agar perniagaan yang dijalankan mencapai matlamat yang diharapkan.
Bersama Cikgu J atau Tuan Hj Jerry Rizal ini nanti, anda perlu bersedia mental dan fizikal selain emosi kerana anda pasti akan bagai dibelasah dan dilapah dengan ‘kesalahan’ anda sendiri. Siapa lagi yang mampu untuk ‘menegur’ kesilapan anda bila anda sudah bergelar Tuan Besar pada bisnes anda?
Lagi lewat anda selia, semak dan selaraskan perihal akaun syarikat, lagi susah untuk anda bendung ketirisan yang berlaku dalam syarikat. Ambil langkah segera supaya anda tak lagi perlu termimpi-mimpi mengejar pencuri wang syarikat, mahupun menyorok di balik pintu setiap kali pihak berkuasa yang berkenaan hadir untuk membuat audit dan semakan syarikat anda.
Setkan dan lapangkan diri anda pada 25-27 may 2018 nanti dan kosongkan gelas untuk terima ilmu yang bakal ubah pandangan dan kedudukan kewangan syarikat anda menjadi lebih hebat dari sekarang.