Baca Kisah Sailajah, Wanita Berbangsa India Ini – Bagaimana Beliau Buat Sales Dari RM3,000 Hingga RM 250,000 Sebulan.
oleh Team Richworks pada 16 April 2018
Bagaimana ya? Jika anda boleh tingkatkan bisnes dan jualan anda dari RM3,000 sebulan kepada RM250,000 sebulan, apa perasaan anda? Apa yang boleh anda perbaiki dalam hidup anda? Apa impian anda dan keluarga yang anda boleh tunaikan?
Nak cerita sikit kisah Puan Sailajah Salveekam, salah seorang #AnakDidikDrAzizan yang berasal dari Johor. Puan Sailajah ini wanita biasa sahaja. Beliau memang suka berniaga. Dan beliau mempunyai background sebagai akauntan dan bekerja sambilan sebagai part time tutuor. Cabaran dalam kerja membuatkan beliau nak sangat berniaga. Dan beliau mula berniaga dengan menyewa kedai kecik lah sangat. Nak panggil kedai pun tak layak rasanya. Hanya mampu sewa sesuku atau 1/4 je dari ruang keseluruhan kedai. Dan ruang kedai tu hanya muat dia seorang je…cer bayangkan?
Bisnes bersusah payah. Nak recruit agen dan dropship, nak perkenalkan jenama, nak buat sales, nak buat marketing, nak pos barang, semua beliau buat sendiri. Ada masa beliau fikir, dengan sales kurang RM3,000 je lebih baik beliau makan gaji. Masuk pejabat keluar pejabat, hujung bulan dapat gaji! Bisnes bersusah payah, diri sendiri tak ada gaji sebab sales sikit sangat. Terpaksa pula fikir nak bayar kos bisnes dan kos diri sendiri.
Susah kan? Hidup penuh dengan tekanan, nama aje peniaga ada jenama sendiri tapi hakikatnya..tak ada apa pun. Sales tak seberapa. Itu apa yang Puan Sailajah rasa.
Tapi satu hari dia tergerak hati untuk hadir ke Program Richworks. Memandangkan perniagaan yang dah teruk keadaanya, dan tak ada peluang nak semakin berkembang, beliau hadir dan belajar ilmu marketing. Itu pun terpaksa minta bantuan suami untuk bayar tiket, sebab dia dah tak ada apa-apa langsung, kosong! Datang program dengan rasa rendah diri, takut-takut, rasa macam dah tak ada harapan dah. Duduk pun belakang-belakang je.
Dan, dia pun tak faham sangat apa yang dia belajar, dia pun tak dapat nak jangka apa yang beliau akan dapat dari ilmu marketing yang beliau belajar, tapi beliau dah tak ada pilihan. Beliau balik dan buat je! Dengan ilmu Zero Kos Marketing yang beliau ada, beliau dah mampu buat sales dari RM3,000 meningkat ke RM30,000. Dan setiap kali dia pergi program Richworks, salesnya makin meningkat. Sehingga sekarang dari 1 produk beliau dah ada 17 produk atas nama brand sendiri ‘Sailajah’ dan dah ada 2 cawangan di Masai dan Batu Caves.
Dan kini, dengan tindakan secara konsisten melalui teknik Zero Kos Marketing, beliau dah mampu buat RM200,000 – 250,000 sebulan! Beliau dah minta suaminya berhenti kerja dan bersama-sama berniaga. Yang paling best dah boleh pergi bercuti setiap 2 bulan sekali dan honeymoon dengan suami tersayang, yang dulu tolong bayarkan harga tiket ke program untuknya. Itu memang impian hidupnya.
Jangan tak percaya, dengan ilmu dan tindakan bisnes apa pun boleh berjaya. Masalahnya, ramai orang berniaga dan buat marketing dengan ikut-ikut orang sahaja tanpa faham dengan betul. Yang lebih teruk, terpaksa keluarkan kos marketing tinggi tanpa tahu arah tujuan marketing tu, untuk apa, untuk siapa dan apa targetnya. Akibatnya, banyak duit dibazirkan untuk marketing yang tak memberikan hasil. Sales tak ada. Akibatnya, bisnes makin jatuh, hutang makin banyak, hidup makin serabut kerana penuh dengan masalah.
Kami yakin anda taknak ada kehidupan yang macam ni. Musim Ramadhan dan Raya dan hampir sangat. Jenama besar dah start buat kempen hebat. Peniaga baru dah mula tumbuh macam cendawan, anda macam mana? Apa persediaan anda? Adakah anda mahu bisnes anda tenggelam dan tak beri hasil di musim Ramadhan dan Raya ini?