Airwallex merupakan bisnes yang diasaskan oleh Xijing Dai, Lucy Liu, Jack Zhang dan Max Li. Pada mulanya, Jack Zhang dan Max Li mencari alternatif untuk mendapatkan pendapatan sampingan selain daripada pekerjaan mereka yang sedia ada dan mereka membuat keputusan untuk membuka sebuah kafe.
Memang normal untuk orang Cina berniaga di mana-mana. Menjadi peniaga adalah genetik sedia ada mereka. Di Australia, adalah satu kebiasaan untuk orang Cina berniaga sebagai punca rezeki mereka.
Airwallex merupakan idea bisnes mereka dan walaupun membuka kafe kopi mungkin kelihatan seperti idea yang senang untuk dilaksanakan namun prosesnya tidaklah semudah yang disangka.
Apatah lagi, belum pernah ada dalam sejarah bisnes, idea asal kafe kopi bertukar 360 darjah menjadi startup teknologi menjana hingga billion dollar hanya kerana mereka berusaha menyelesaikan masalah dalam bisnes mereka pada fasa permulaan. Wow bukan? Bagaimana mereka melakukannya? Mari ikuti kisah mereka.
#1-Penubuhan
Airwallex
Pada awalnya, pengasas Airwallex mengalami kesukaran untuk mengimport kopi dari negara China untuk bisnes mereka kerana bank mengenakan kadar caj yang tinggi untuk proses tersebut. Jadi, 3 orang pengasas bisnes ini yang merupakan rakan kolej telah berusaha untuk mencari solusi bersama.
Oleh kerana mereka mengetahui betapa sukarnya proses tersebut, mereka pasti ramai lagi usahawan lain terutamanya yang memiliki bisnes kecil bergelut dalam kesukaran yang sama. Jadi mereka berhenti kerja mereka dalam bidang professional mereka seperti kejuruteraan, kewangan dan arkitek dan bertekad untuk mencipta sistem yang lebih baik untuk syarikat-syarikat pada masa hadapan.
#2-Modus
Operandi
Sistem yang mereka reka telah dilancarkan pada tahun 2016 di mana pengguna dibenarkan untuk membuka akaun di luar negara yang mana mereka akan dibayar mengikut kadar negara mereka.
Apabila pengguna ingin memindahkan keuntungan mereka di negara lain ke negara mereka beroperasi sepenuhnya seperti HQ, mereka boleh menggunakan sistem Airwallex yang menggunakan kadar pasaran semasa.
Dengan menggunakan sistem ini, pengguna dapat menjimatkan kos 90% lebih rendah berbanding menggunakan khidmat bank convensional yang mengenakan caj pada kadar pertukaran matawang asing. Airwallex juga mengenakan caj yang sangat rendah berbanding bank-bank ini.
#3-Pengorbanan
& Kejayaan Airwallex
Sudah tentu petua untuk satu-satu bisnes berjaya adalah bisnes tersebut memberi solusi kepada masalah orang lain. Untuk memastikan mereka berjaya menyelesaikan masalah ramai peniaga, ketiga-tiga mereka telah menggabungkan wang modal mereka sebanyak 1 juta dollar. Wang tersebut adalah hasil simpanan mereka, rakan-rakan terdekat dan ahli keluarga mereka.
Idea untuk sistem Airwallex ini menarik minat ramai pelabur seperti syarikat Sequoia Capital, Tencent dan Horizons Ventures. Terkini, idea bisnes mereka ternyata berjaya dan mereka mempunyai ramai pelanggan dan pelabur.
Jumlah tajaan untuk operasi bisnes mereka yang terkini adalah sebanyak 100 million dollar yang mana mereka kini turut ditaja oleh DST Global, sebuah syarikat pelabur yang pernah melabur untuk syarikat Airbnb dan Spotify. Dianggarkan syarikat Airwallex kini bernilai 1 billion dollar, satu angka yang belum pernah dicapai oleh mana-mana syarikat di Australia dengan kadar yang singkat seperti mereka.
Adalah menjadi kelebihan apabila mereka adalah satu-satunya syarikat yang melaksanakan sistem tersebut di rantau Asia dan mereka menjadi pelopor yang sangat berjaya. Kini, syarikat mereka berkembang kepada 9 cawangan baharu yang terkini iaitu di Beijing, Hong Kong, London, Melbourne, San Francisco, Singapore, Shanghai, Shenzhen dan Tokyo.
Mereka adalah contoh terbaik usahawan yang mana mereka bukan sekadar berbisnes seperti usahawan lain akan tetapi mereka menggunakan kepakaran dan ilmu yang mereka ada untuk membangunkan sistem yang bagus dan memberi maafaat kepada orang lain.
Sumber rujukan:
Penulis:
Nadia Nazri