#1-Tiada
Jalan ‘Shortcut’ Untuk Jadi Rajin
Orang yang gila bisnes hanya ada dua perkataan dalam hidup mereka. Kerja dan tidur. Apabila mereka bekerja, mereka tidak akan tidur dan apabila mereka tidur, mereka tidak akan bekerja sepenuhnya tapi kerja mereka masih berjalan dalam tidur jika mereka peniaga online.
Kerja, kerja, kerja hingga ke dalam mimpi. Perkara-perkara lain selain bisnes seperti keluarga, percutian, waktu sosial dan sebagainya selalunya adalah satu bonus dan sampingan bagi mereka. Kita lihat usahawan kaum cina ramai yang seperti ini.
Tidak dinafikan, jika dahulu, 200% masa harus ditumpukan untuk membangunkan bisnes tetapi kini, para usahawan boleh memaksimakan penggunaan teknologi untuk membangunkan bisnes. Tetapi masih tiada jalan shortcut, anda kena berusaha untuk mempelajari teknologi gajet, media sosial, dan applikasi yang terkini untuk tidak ketinggalan di belakang dan menjadi tarikan pelanggan millenia yang akan menguasai ekonomi pada masa akan datang.
Jadi, usahawan kini, anda perlu bijak untuk bahagikan masa dengan baik untuk bisnes dan perkara-perkara lain yang penting dalam hidup anda kerana bisnes boleh dijual beli akan tetapi masa muda tidak sekali. Kalau kualiti hidup dalam kerja dan peribadi seimbang barulah boleh jadi usahawan ‘perfect’.
#2- Tidak
Tahu Malu
Usahawan ‘perfect’ bukanlah yang nampak berkarisma hebat gah tanpa bantuan sesiapa. Jika anda tengok tokoh-tokoh usahawan yang ada sekarang ini, percayalah, mereka bukan terus jadi hebat, banyak perkara yang sukar mereka lalui termasuklah situasi yang memalukan seperti penolakan yang berjuta kali mungkin.
Ada tokoh usahawan terkenal yang penulis kenal, menjadi jutawan dalam bisnes pakaian bermula dengan memberanikan diri pergi ke kedai-kedai pakaian untuk minta tolong mereka benarkan beliau letak baju-baju jualannya di kedai mereka (consignment). Banyak kedai yang ‘reject’ beliau akan tetapi beliau tidak berhenti malah lebih gigih mencari kedai-kedai lain yang boleh membantu beliau menapak.
Hasilnya, beliau berjaya dalam bisnes hari ini dan membuka perniagaan jenis lain sekarang. Usahawan ‘perfect’ bukan yang control macho atau ayu atau acah-acah hebat tetapi yang bermuka tebal, tidak malu bertanya, mencuba, mengambil risiko dan sentiasa sanggup untuk belajar biarpun daripada bawah. Mereka juga konsep dia, belum cuba belum tahu, anda berani?
#3- Fokus Pada
Nilai Yang Dicipta Bukan Diterima
Selain daripada bercita-cita tinggi untuk kejar target bisnes, usahawan ‘perfect’ fokus bukan pada nilai yang akan mereka dapat tetapi fokus kepada mencipta nilai itu sendiri. Jangan terlalu fokus nak mendapat untung sehinggakan lupa untuk memberi. Bukan sahaja memberi kembali kepada orang lain akan tetapi memberi kembali kepada diri sendiri.
Rata-rata usahawan berjaya akan mengatakan perkara utama yang mereka cari adalah kepuasan barulah keuntungan. Inilah sebab mereka berhenti kerja dan jadi bos kepada diri sendiri. Jika kita hanya mencari dan menerima keuntungan semata-mata, mungkin bisnes kita macam cendewan tumbuh selepas hujan, tumbuh sekejap, rancak, tetapi sekali petik sudah habis. Jangan begitu.
Lakukan sesuatu dalam bisnes anda yang boleh membuatkan orang ramai menerima manfaat dan mengingati bisnes anda bukan sahaja dengan baik akan tetapi secara baik.
Contoh, perniagaan Burger Ramly, orang akan ingat burger tempatan yang berkualiti, harga berpatutan, sedap dan halal atau beras keluaran Faiza Basmathi, kita akan ingat beras berkualiti dan syarikat ini rajin beramal kebajikan membantu golongan susah seperti dalam rancangan Bersamamu,TV3. Cubalah.
Lakukan sesuatu yang baik untuk bisnes anda. Tidak perlu impak berskala yang besar, impak yang kecil juga sudah cukup sebagai permulaan yang penting ikhlas dan setiap aktiviti bisnes diniatkan sebagai ibadah, Insha-Allah, banyak keuntungan pahala yang anda akan dapat sebagai bon akhirat nanti.
Sumber Rujukan:
https://www.entrepreneur.com/article/336163
Penulis:
Nadia Nazri