Bagaimana Nak Kumpul Data Pelanggan?
oleh Team Richworks pada 08 February 2018
Bagaimana nak kumpul data pelanggan?
Mahu mulakan perniagaan? Lagi jelas siapa gambaran pelanggan anda – lagi efektif strategi pemasaran yang boleh dilakukan. Dan jika anda dapat mengenalpasti siapa pelanggan berharga, anda boleh menggalakkan mereka untuk berbelanja lebih di bisnes anda.
Panduan ini memperkenalkan anda kepada pelbagai teknik dan kaedah untuk membantu anda mengumpul data mengenai pelanggan anda.
Langkah 1: Data pelanggan apa yang hendak dikumpulkan?
Anda perlu mengumpulkan sebanyak mungkin maklumat berikut:
- Nama dan butiran untuk dihubungi:
Ini membolehkan anda memasarkan produk secara terus kepada mereka dan anda dapat berkomunikasi secara peribadi.
- Sejarah transaksi:
Dapat memberi petunjuk produk mana yang mereka paling cenderung untuk beli dan berapa kerap mereka akan membelinya.
- Komunikasi anda bersama pelanggan, dan sebarang maklumbalas:
Membolehkan anda memantau sejauh mana keberkesanan komunikasi yang dilakukan, dan bagaimana respon pelanggan terhadapnya. Jika anda dapat membandingkan sejarah transaksi mereka dengan rekod komunikasi, anda mungkin dapat membina satu kaedah komunikasi yang mendorong mereka untuk membeli lebih banyak dari anda.
- Profil: umur, jantina, profesion, pendapatan, hobi, dan sebagainya:
Maklumat ini mungkin lebih sukar diperolehi, tetapi ia berguna untuk strategi pemasaran yang lebih advance. Sebaik sahaja anda mempunyai maklumat pelanggan, anda boleh membina gambaran dengan lebih jelas mengenai siapa pelanggan sasaran anda yang sebenar. Ia membolehkan anda menumpukan pengiklanan dan pemasaran anda pada sasaran yang tepat.
- Mengetahui usia dan profesion mereka (dan idea tentang pendapatan mereka) dapat membantu dengan strategi harga:
Bila anda mempunyai gambaran yang lebih baik dan lebih terperinci tentang pelanggan sasaran anda, semakin banyak anda boleh menyesuaikan dan membangunkan produk berdasarkan keperluan mereka.
- Tabiat berbelanja: Bagaimana pelanggan anda berbelanja.
Anda boleh beri tawaran barangan dan struktur di sekitar tabiat perbelanjaan pelanggan. Fikirkan bagaimana pasar raya boleh meletakkan majalah dan gula-gula di bahagian kaunter pembayaran untuk beri dorongan.kepada pelanggan untuk berbelanja lebih banyak lagi. Anda mungkin memerlukan bantuan agensi penyelidikan pasaran atau tinjauan terperinci bagi mengenalpasti tabiat pelanggan ini bila bisnes semakin laris dan maju.
- Tarikh lahir:
Menghantar teks atau kad hari lahir kepada pelanggan. Ini bagi menambah sentuhan peribadi dan membuat pelanggan rasa lebih dihargai.
- Ketahui sama ada pelanggan membayar tepat pada masanya:
Ini penting bagi menentukan aliran wang tunai perniagaan.
Bagaimana untuk mengumpul data pelanggan?
Pertama sekali, jangan memaksa pelanggan untuk dapatkan data. Kumpulkan sedikit demi sedikit untuk membina gambaran penuh tentang pelanggan anda secara beransur-ansur dan dengan cara yang tidak menjengkelkan.
- Daripada pesanan:
Dapatkan butiran dan nama pelanggan contohnya dari pesanan SMS, dan mula bina sejarah urusniaga, secara online atau offline (walaupun online lebih mudah kerana data secara automatik dimasukkan ke pangkalan data). Anda boleh masukkan tarikh lahir sebagai tambahan data.
Jika anda ingin jalankan kaji selidik mengenai perniagaan anda, anda boleh dapatkan maklumat yang cukup dengan mendapatkan butiran tentang profil mereka seperti jantina, umur dan selanjutnya. Walaupun sesetengah responden mungkin enggan memberikan nama mereka, tetapi jangan risau, masih ada pelanggan yang akan kongsikannya.
- Pertandingan:
Adakan pertandingan yang memerlukan pelanggan mengisi data seperti alamat emel dan beberapa butiran lain. Pelanggan akan lebih cenderung untuk berkongsi data peribadi apabila mereka memperolehi sesuatu.
- Maklumat Online:
Maklumat online boleh membantu anda mengesan tabiat perbelanjaan dan keutamaan pengguna. Anda boleh dapat gambaran keseluruhan sasaran pelanggan anda daripada profil pengguna tertentu dengan menggunakan Google Analytics.
- Penyelidikan:
Statistik dan penyelidikan yang sedia ada dapat membantu anda membina gambaran yang lebih terperinci mengenai sasaran pelanggan anda. Lihat laporan berkaitan demografi dan trend di kawasan anda. Pasti ada orang yang mensasarkan demografi yang sama seperti anda dan anda boleh melihat penyelidikan serta statistik yang mereka telah kumpulkan untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai sasaran pelanggan anda.
Agensi penyelidikan pasaran akan dapat memberi anda gambaran yang lebih terperinci tentang pelanggan sasaran anda dan tabiat mereka. Tetapi ini akan melibatkan kos. Bila bisnes anda dah semakin berkembang, anda boleh pilih untuk dapatkan khidmat dari agensi penyelidikan jika ia dapat membantu anda dalam membuat perancangan di masa hadapan.
Bagaimana untuk menyimpan data pelanggan?
Pada mulanya, anda boleh menyimpan data di dalam Microsoft Excel atau spreadsheet yang sama fungsinya. Tapi bila data anda dah semakin banyak dan terperinci, anda memerlukan sistem data khas untuk uruskan data pelanggan anda.
Anda boleh berbincang dengan beberapa kedai perisian komputer atau pembekal untuk cadangkan beberapa perisian Customer Relationship Management (CRM) mengikut keperluan anda dalam menguruskan data. Pastikan ia tidak terlalu rumit untuk dilaksanakan atau terlalu asas untuk keperluan anda.
Panduan dan undang-undang mengenai penggunaan data pelanggan
Pastikan anda meminta kebenaran pelanggan apabila anda mengambil butiran mereka. Benarkan mereka untuk membuat pilihan untuk menerima atau tidak menerima bahan pemasaran yang anda akan gunakan.