Pada hari ini, menulis di laman sosial menjadi satu kemahiran yang perlu bagi setiap individu yang aktif di Facebook, Instagram, Tweeter dan lain-lain. Penulisan yang tersusun dan menarik akan membuatkan ramai pengikut akan suka untuk lebih berkomunikasi dengan anda. Tidak mudah membina content penulisan yang strategik, namun ianya boleh dibina dan dilatih dengan baik.
Bagi anda yang ingin belajar menulis di laman sosial dengan cerita yang disukai audien, anda boleh luangkan masa untuk menghadirkan diri ke Bengkel Penulisan Lutfi Lokman, beliau merupakan seorang penulis buku Psst! Saya Ada Cerita yang menjadi kompilasi dari bahan penulisan beliau di Facebook. Beliau juga mencipta penulisan yang viral.
Di dalam bengkel selama dua hari ini akan membuka minda anda tentang bagaimana untuk mula menulis dengan baik. Cerita yang baik akan dikongsikan dan menjadi medium baik untuk membina ‘self-branding’. Banyak ilmu-ilmu berharga akan dikongsikan di dalam bengkel ini nanti.
Untuk maklumat lanjut boleh rujuk poster yang dilampirkan.