Bertabahlah orang kerja KL, gangguan LRT highway jem luar biasa. Ramai lewat 3 jam ke tempat kerja. Penutupan selama seminggu Transit Aliran Ringan (LRT) melibatkan 16 stesen bermula dari Stesen LRT Kelana Jaya hingga ke stese LRT Ampang Park yang bermula semalam membuatkan ramai warga kerja khususnya kotaraya Kuala Lumpur mengeluh.
Ini kerana selain bas disediakan seakan tidak mencukupi, ramai yang akhirnya memilih meggunakan kenderaan sendiri kerana selepas pihak pengendali LRT iaitu Rapid Rail dalam satu kenyataan memaklumkan pihak mereka masih sedang dalam proses bagi mengenal pasti punca gangguan kepada komponen elektronik sistem kawalan tren automatik atau ATC pada perkhidmatannya di Laluan Kelana Jaya.
Syarikat itu memaklumkan masalah yang berlaku itu adalah sesuatu yang serius dan tidak pernah berlaku sebelum ini.
Katanya, gangguan tersebut mengakibatkan kehilangan signal di antara pusat kawalan dan juga tren sekali gus menyebabkan tren tidak dapat beroperasi secara automatik di antara Stesen LRT Kelana Jaya dan Stesen LRT Ampang Park.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- KL Bandar Ketiga ‘Kuat Bekerja’ Di Dunia, Berkorban Masa, Tenaga Demi Sesuap Nasi
Di sebalik kesulitan ini, apa yang dilalui oleh pengguna jalan raya lain apabila ramai yang menggunakan kenderaan sendiri ialah kebanyakan lebuh raya yang berhubung ke pusat bandar melekat luar biasa.
Dari satu perkongsian di Tik Tok @Mohd Rifdi Rosli yang berkongsi dari pejabatnya situasi lebuhya AKLEH memperlihatkan suasana pagi itu kenderaan melekat luar biasa. Kesemua empat lorong highway tersebut dipenuhi kenderaan tidak bergerak.
@mohdrifdiBertabahlah warga KL pagi ni..🥲♬ original sound – im. im_ran
Dari komen diberikan oleh pengguna yang terperangkap, ada memaklumkan perjalanan dari Kajang ke Pantai Dalam mengambil masa tiga jam seolah dari KL ke Melaka. Keluar jam 6.30 pagi dan sampai ke pejabat jama 9.30 pagi. Bahkan ramai mengadu mereka antara terperangkap dalam kesesakan berkenaan.
Dalam satu komen lain dimaklumkan, uniknya di Malaysia, satu keluarga memiliki 10 kereta (dengan nada lucu) dan ada yang mengakui biasa lewat 30 minit tapi ini sampai tiga jam lewat dari kebiasaan. Jadi harap yang mencari rezeki di ibu kota tu bertabahlah selama seminggu ini.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.