oleh Team Richworks pada 18 September 2018
Ramai usahawan di luar sana tak sedar bisnes mereka sedang sakit. Tenat. Mereka selalu lihat masalah ekonomi dan persaingan adalah punca jangkitan penyakit kepada bisnes mereka tapi mereka tak sedar sebenarnya ada luka dalaman yang dah makin bengkak dan parah yang membuatkan makin hari bisnes mereka makin lemah.
Tu lah dia…antara makna tema Inner Circle Meeting yang diadakan di Melaka bermula 17 September 2018 hingga 20 September 2018 yang membawakan tema From Bleeding To Leading ini.
Kajian menunjukkan lebih dari 50% peratus bisnes gagal akibat dari masalah leadership, pengurusan cashflow, kegagalan pentadbiran, masalah kakitangan dan kegagalan membina budaya yang betul. Dan inilah yang akan menjadi highlight utama dalam ICM kali ini.
Sudah tentu Dr Azizan Osman tak mengabaikan topik marketing yang betul yang sepatutnya menjadi booster kepada sesebuah perniagaan. Dengan konsep ‘Senang Menang’ Dr Azizan Osman dah pasti akan kongsikan peluru-peluru terkini yang memberikan result yang cepat dalam bisnes dengan pelaburan yang minima kepada ahli Titanium yang hadir.
Kehadiran ahli Titanium ke ICM Melaka kali ini bukan calang-calang orang. Mereka datang dari berbagai latar belakang. Ada yang asalnya hidup susah, tidak ada latar belakang pendidikan, masalah hidup dan perniagaan, tidak jelas dengan hala tuju hidup dan perniagaan. Namun dengan izin Allah S.W.T dan hasil didikan mentor, Dr Azizan Osman, mereka yang dahulunya tidak berjaya mencapai first million walau dah bertahun-tahun berniaga, akhirnya berjaya memecah rekod sendiri.
Mereka yang berkampung di Hatten Hotel Melaka untuk Inner Circle Meeting Melaka selama 4 hari ini bersemangat untuk upgrade ilmu dan perbaiki tahap perniagaan mereka menjadi lebih baik di masa hadapan.
Dr Azizan Osman turut mengajar mereka bahawa kewangan tidak lagi menjadi beban atau masalah pada mereka, tetapi sifat ‘humble’ itu yang penting dan perlu ditanam dalam diri mereka. “Benda paling susah nak buat adalah terus bersikap humble”. Jika dulu hidup mereka susah, sekarang dah berubah menjadi senang, adakah masih ada sikap ‘humble’ dalam diri mereka?. Ataupun tenggelam dengan lautan kesenangan?
Mereka tidak jemu untuk terus menimba ilmu, terus belajar, terus perbaiki tahap kehidupan dan beri lebih banyak manfaat kepada keluarga, serta masyarakat sekeliling. Itulah antara didikan Dr Azizan Osman pada mereka untuk terus berjaya dalam perniagaan.
Berapa ramai dari anda yang ada sikap ego, keras hati, sombong dengan diri sendiri? Tidak mahu perbaiki dan ubah tahap kehidupan anda? Tepuk dada tanya iman!