Bisnes Tanpa Aliran Tunai Adalah Bisnes Yang Sedang Sakit Tenat!
oleh Team Richworks pada 19 March 2018
Anda ada bisnes. Anda mungkin buat dropship, agen, stokis atau anda ada kedai sendiri. Anda mungkin juga dah ada produk sendiri. Tahniah!
Soalan ini memang kami nak tanya tepat kepada anda. Serius cakap, adakah anda betul-betul tahu ke mana setiap sen duit bisnes anda pergi? Adakah anda tahu keluar masuk duit bisnes anda setiap hari? Adakah anda tahu dengan jelas, apa perbelanjaan keluar anda dan berapa jumlah duit masuk setiap hari?
Bagus kalau anda dah tahu, tapi masalah utama dalam bisnes ialah, ramai pemilik bisnes, tak kira berapa besar saiznya tak tahu dengan jelas aliran keluar masuk duit bisnes. Mereka tak sedar, ke mana duit bisnes yang masuk itu dibelanjakan. Tiada rekod yang bagus. Tiada persediaan untuk perbelanjaan setiap bulan.
Ramai peniaga yang risau kerana katanya bisnes tak buat duit. Ramai juga yang ketakutan sebab tak tahu macam mana nak bayar bil dan tanggung kos sebab kata mereka bisnes tak ada duit. Sebenarnya, jika anda terima sales setiap hari, memang bisnes ada buat duit, maslahnya anda tak tahu ke mana dibelanjakan duit sales setia hari.
Bila anda tak ada rekod berapa duit masuk dan berapa yang dibelanjakan, anda akan ada masalah untuk kawal perbelanjaan, dan untuk buat budget perbelanjaan. Akibatnya, ramai usahawan ada masalah nak bayar bil, nak bayar gaji pekerja, nak beli stok dan bayar supplier kerana, pada waktu sepatutnya mereka buat pembayaran dan perbelanjaan, duit bisnes mereka TAK ADA!
Peniaga yang tak tahu dengan jelas berapa duit masuk dan keluar dalam bisnes mereka akhirnya akan rasa penat berniaga sebab mereka tetap akan hadapi masalah duit tak cukup. Nak besarkan perniagaan dan tambah stok pun tak mampu sebab asyik tak cukup budget. Akibatnya, setiap masa anda terpaksa teruk-teruk buat sales tapi tak nampak hasilnya.
Jika anda tahu ilmu aliran tunai bisnes atau Cash Flow, anda akan tahu macam mana nak set target bisnes, berapa anda nak capai, kerana anda nampak jelas, apa yang anda nak buat dengan duit bisnes dan bila anda nak gunakannya.
Tonton sekejap perkongsian wanita ini, tentang apa masalah bisnesnya dan apa yang beliau boleh perbaiki selepas tahu ilmu urus cashflow.
[embedded content]
Jika anda rasa PENTING untuk tahu ilmu urus aliran duit masuk dan keluar bisnes anda, jika anda rasa risau dan takut bisnes anda tak boleh berkembang dan seterusnya akan gagal kerana anda tak tahu urus aliran tunai bisnes anda, kami nak tawarkan anda satu sesi ilmu yang boleh bantu anda urus cashflow/aliran tunai dengan lebih baik.
Smart Cashflow Management – adalah program satu hari padat dengan ilmu pengurusan aliran tunai, yang akan disampaikan dalam bahasa yang mudah, dan anda tak perlu lulus cemerlang subjek akaun untuk memahaminya!
[embedded content] (Why?)