“Business Is All About You And People”
oleh Team Richworks pada 01 February 2018
Tak ada manusia, tak ada bisnes. Benarlah, anda nak berurusniaga dengan siapa kalau bukan dengan manusia, bukan? Jadi semuanya berbalik pada cara anda menguruskan hubungan anda, produk dan perkhidmatan anda dengan pelanggan dan pengguna serta pekerja anda.
Bisnes tak akan mampu untuk bergerak sendiri. Ia memerlukan anda sebagai pemikir dan peneraju. Dan anda sudah tentu memerlukan pelaksana (pekerja) serta penerima manfaat (pelanggan atau pengguna) supaya apa yang anda visualisasikan dapat direalisasi dan tersebar manfaatnya pada semua orang.
Visi amat penting. Ia bagaikan asas pada pembinaan empayar anda. Sepenting-penting visi dalam kepala anda, penting lagi untuk buat visi itu difahami oleh team anda. Malah sangat utama untuk anda dan mereka bergerak seiring (aligned) pada satu jalan yang sama. Bersatu teguh, bercerai roboh. Ibarat jalan pakai terompah gergasi, kaki kena gerak selari baru dapat tuju ke destinasi, dengan selamat dan cepat.
Target yang jelas membuka jalan yang lebih luas pada perancangan dan pelaksanaan sesebuah strategi. Anda tahu apa yang anda nak, anda akan tahu apa yang anda perlu buat. Anda lapar, apa yang perlu anda buat? Pasti anda perlu makan. Jika dahaga, anda perlu minum. As simple as that. Tapi tak semua orang faham dan perasan perkara kecil ini. Ini adalah target atau sasaran yang anda mahukan ia terjadi. Anda nak kenyang bagaimana. Kenyang secukupnya, kenyang sampai esok? Kenyang sampai tergolek? Bagaimana. Jadi anda perlu ada dua target. Sasaran – apa yang anda nak ia terjadi, dan sejauh mana atau sehebat mana anda nak ia terjadi.
Apa itu Big Why? Banyak kali diulang big why, big why. Big Why adalah punca anda buat semua yang anda buat sekarang. Apa tekanan yang buat anda terjun dalam bisnes. Apa perkara yang anda sangat bengang hingga anda buat keputusan nak berniaga. Berniaga bukan sesuatu yang mudah! Anda takkan ada duit pada setiap hari yang sama pada setiap bulan. Anda mungkin akan kais pagi, makan petang. Anda mungkin akan ikat perut. Tapi jika anda buat betul-betul, anda akan dapat apa yang anda idamkan. Jadi apa yang buat anda ambil jalan ini?
Setiap komuniti ada budaya mereka. Budaya yang membentuk kejayaan dan kemajuan mereka. Orang Jepun budayanya membaca, jadi mereka banyak ilmu pengetahuan. Lagi, mereka tak suka buang masa, jadi mereka pantas dan efisyen. Lihat negara mereka, antara negara Asia termaju. Begitu juga budaya sesebuah syarikat menjadi titik punca kedudukan syarikat itu. Budaya yang bermula dari anda sebagai bos, dan menyebar pada team anda, langsung meluas pada komuniti atau raving fan anda.
Ini antara 5 perkara asas yang besar maknanya pada peserta Business Growth Bootcamp 27-28 Januari 2018 di IDCC Shah Alam Selangor. 5 perkara yang asas tapi sebenarnya tak boleh dipandang sebelah mata. Hampir 1,000 orang peserta mendapat mandat baru sebaik pulang dari BGB. Mereka bukan setakat perlu betulkan profil syarikat untuk maju tapi perlu selaraskan organisasi dan pegangan syarikat supaya bila mereka maju, mereka bukan sekadar singgah sebentar tapi akan sentiasa growing sepanjang masa.
Mereka perlu sentiasa bakar semangat mereka. Api yang membara itu perlu dibakar sentiasa dan tak boleh dipadamkan. Mereka perlu tulis, baca dan hadam apa yang mereka mahu, supaya mereka tak lupa. Bisnes itu mudah tapi jika mereka ambil mudah, mereka tak akan ke mana-mana.
Tahniah dan syabas pada peserta BGB minggu lalu dan semoga anda terus istiqamah dan maju ke hadapan. Aplikasikan ilmu dalam bentuk tindakan.