Bila cuti persekolahan bermula, maka ramailah ibu bapa akan sibuk melaksanakan tuntutan syariat Islam iaitu berkhatan kepada anak lelaki. Pada waktu inilah, kebiasaanya kanak-kanak lelaki yang disunatkan akan dilayan seperti “Raja” oleh keluarga gara-gara simpati dengan kesakitan yang dialami mereka.
Manakala, rumah pula akan “dihiasi” dengan tali untuk mengantungkan kain pelikat anak yang disunatkan dengan tujuan supaya tidak terkena pada bahagian alat sulit itu. Namun, zaman kini sudah tidak praktikal untuk melakukan amalan menggantungkan kain itu memandangkan cara pemasangannya agak leceh khususnya kepada yang tinggal di rumah batu.
Ini kerana mereka tidak mempunyai alang seperti rumah kampung. Jadi muncul lah cara-cara ibu bapa moden menggantung kain dengan cara yang kreatif
Jom kita selongkar Cara Kreatif Gantung Kain Pelikat Sewaktu Pantang Berkhatan yang nampak lucu tapi praktikal
Guna Hanger Yang Diliang Liuk
DIY sendiri menggunakan dua bahan satu hanger dan tali pinggang.
Hanger yang mudah lentur di bengkokkan menjadi bentuk
1. Bengkok kan hanger ikut bentuk badan dan masukkan tali pinggang.
2. Pakaikan hanger di bahagian badan menggunakan tali pinggang.
3. Sarung kain pelikat dan ikat macam biasa. Tadaaa!! Dah siap… boleh pegang ipad dengan selesa
Konsep Ampaian
Mengambil konsep ampaian, dengan tiang dan tali beserta sepit baju jadilah tempat gantung yang simple dan boleh buat ni.
Gunakan Alat Permainan Bayi
Ada alat permainan bayi yang berbentuk khemah? Salutkan saja kain pelikat di atasnya dan SIAP!
Gunakan Tripod
Buat ibubapa yang meminati fotografi atau memang suka bergambar dan ada tripod dirumah …inilah masanya tripod anda boleh “berkhidmat di luar tugas sebenar” 🙂
Gunakan Kayu Joran
Bagi ibubapa yang mempunyai minat memancing, di bawah adalah cara terbaik dan kreatif untuk mengantung kain pelikat semasa anak berkhatan.
Guna Paip PVC
Kelengkapan sempena musim berkhatan yang praktikal dan kreatif.
Guna Seluar Berkhatan
Walaupun menggantung kain pelikat sangat menarik dan menyingkap nostalgia, dengan arus permodenan, Seluar Khatan diperkenalkan. Tidak perlu menggantung kain pelikat lagi.. selepas berkhatan, terus sarung seluar khatan 🙂
Untuk ibubapa di Johor Bahru yang ingin mengkhatankan anak semasa cuti persekolahan ini, UniKlinik Permas Jaya menawarkan perkhidmatan bagi kanak-kanak lelaki dan dewasa oleh doktor yang berpengalaman.