Rasa cinta pada negara dan tanah air boleh dizahirkan dengan pelbagai cara. Atas sebab ini, seorang ibu di Indonesia ternyata cukup kreatif telah menamakan empat daripada enam nama anak-anaknya dengan Indo, Nesia, Tanna, Air. Lebih istimewa apabila nama-nama ini digabungkan ia menjadi “Indonesia Tanah Air”.
Demi Cinta Pada Negara
Empat adik-beradik di Indonesia mengundang perhatian netizen selepas mendedahkan mereka diberi nama Indo, Nesia, Tanna dan Air oleh ibu mereka, lapor portal berita Okezone semalam.
Berdasarkan hantaran tular di Twitter, salah seorang daripada mereka memberitahu, nama tersebut diberikan oleh si ibu demi cinta pada negara.
“Ibu yang memberikan nama-nama kami disebabkan rasa cintanya kepada negara.
“Kalau nama kami digabung, ia menjadi Indo-Nesia-Tanna-Air (Indonesia Tanah Air),” demikian menurut keterangan video tersebut.
Mempunyai Nama Lain
Namun, nama keempat-empat mereka bukan sekadar terdiri daripada satu perkataan kerana ia turut mempunyai nama lain.
Berdasarkan klip video berlainan yang disiarkan di laman TikTok, Nesia ialah anak ketiga yang memiliki nama sebenar Nesia Rosalina.
Ia diikuti dengan Tanna yang bernama Tanna Dewi Shanti, anak kelima pula dinamakan Indo Apriansyah serta si bongsu bernama Airna Fitria Bonia.
Keunikan nama empat beradik itu mendapat perhatian ramai dengan netizen memberikan pelbagai komen.
“Nama yang sangat berjiwa nasionalisme dan berkuasa,” kata seorang pengguna laman sosial.
“Jiwa nasionalis saya sudah bangkit. Nama anak saya nanti adalah Mega dan Wati (bekas presiden Indonesia, Megawati Sukarnoputri),” kata netizen lain.
@desimegasari15 Siapa sangka🥰 #fyp #foryou #fypシ゚viral #fypdongggggggg ♬ suara asli – Desi Mega Sari
Mesti Baca:Harap Jadi Doa, Letak NAMA ANAK ‘Lalu Dunia Pun Tersenyum’, ‘Dan Semuanya Menjadi Indah’
Baca Lagi Di Sini:“Satu Huruf Saja.’ Tiada Alasan Istimewa, Hanya Mahu Semua Nama Anak Senang Diingati
Artikel Menarik:Pecah Rekod Dunia, Punyalah Panjang Letak Nama Anak Ada 1,019 Huruf!
Mingguan Wanita: Sangat menarik dan kreatif sungguh dalam menamakan anak-anak demi rasa cinta pada negara.
Sumber: Kosmo
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
[embedded content]
[embedded content]