ISTANBUL, 17 Feb — Polis Turki pada Rabu menahan 30 suspek kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan rangkaian Gulen yang menjadi dalang di sebalik cubaan rampasan kuasa pada 2016, lapor Agensi Berita Xinhua memetik Agensi Anadolu.
Polis telah melancarkan operasi serentak di 29 lokasi sebagai sebahagian siasatan diterajui Ketua Pejabat Pendakwa Raya di Istanbul.
Sejumlah lebih 17,000 euro (US$20,527) serta beberapa bahan milik rangkaian itu turut dijumpai dan operasi masih dijalankan untuk memburu seorang suspek yang hilang.
Kerajaan Turki menuduh Gulen dan rangkaiannya menjadi dalang cubaan rampasan kuasa pada Julai 2016, mengakibatkan 250 orang terbunuh. Sejak itu, Turki memburu anggota pertubuhan itu menerusi operasi yang dijalankan di seluruh negara.
— BERNAMA