PEMAIN Manchester United, Marouane Fellaini mempersoalkan melakukan penilaian Jamie Carragher terhadap dirinya ketika legenda Liverpool itu terpalit dengan skandal meludah.
Carragher diketepikan daripada tugas untuk melakukan ulasan terhadap permainan bola sepak selepas meludah kepada penumpang selepas Liverpool tewas 2-1 di Old Trafford pada bulan Mac.
Fellaini disifatkan sebagai “ancaman yang paling teruk” oleh Carragher dua tahun lalu, menyaksikan pemain kebangsaan Belgium itu menyifatkan bekas bintang England itu sebagai “juara omong kosong dan juara dunia dalam mematahkan kaki”.
Tetapi Fellaini sekali lagi menjadi sasaran pemain berusia 40 tahun itu selepas membuat penilaian terhadap aksi kemenangan United ke atas Liverpool, pada Mac.
“Bagaimana seseorang seperti Carragher mahu menasihatkan saya?” kata Fellaini.
“Dia meludah kepada seorang perempuan daripada keretanya selepas aksi Manchester United-Liverpool.
“Kritikan membantu permainan anda, membantu untuk terus bekerja keras, membuktikan kepada pengkritik bahawa mereka adalah salah.”