BERCAKAP tentang hal kembara dan pelancongan, tentunya ramai yang membayangkan lokasi atau destinasi percutian menarik untuk menikmati detik santai bersama teman-teman mahupun keluarga.
Keseronokan itu diiringi bayangan mengenai elemen-elemen berkaitan seperti perancangan perjalanan, akses pengangkutan, kepelbagaian penginapan, dan tarikan sampingan membabitkan pengalaman gastronomi, aktiviti dan nilai tambah lain.
Namun begitu, kerancakan industri pelancongan sepanjang tahun 2018 digerakkan lebih daripada aspek-aspek tersebut.
Ia merangkumi soal dasar kerajaan dan hubungan antarabangsa, perkembangan yang mempengaruhi rentak pelancongan, serta pengurusan operasi pada pelbagai peringkat, selain isu-isu berbangkit yang menyumbang kepada industri itu sendiri.
Ikuti pautan video berikut untuk memandang semula garis masa dunia pelancongan sepanjang tahun, khususnya berita dan peristiwa penting yang menjadi tajuk berita utama: