Peneraju platform teknologi Asia Tenggara, Gojek dan pemimpin teknologi pengiklanan global, The Trade Desk melancarkan perkongsian eksklusif bagi menyediakan wawasan dan pemahaman tiada tandingan mengenai impak kempen pengiklanan dalam talian mereka terhadap jualan luar talian kepada para pengiklan yang boleh mempertingkatkan keberkesanan keputusan pemasaran bagi merangsang pertumbuhan perniagaan.
Perkongsian ini merupakan penyelesaian pengukuran Dalam Talian kepada Luar Talian (O2O) pertama di Asia Tenggara, yang permulaannya dilancarkan di Indonesia.
Timbalan Presiden Gojek untuk Kajian dan Analitik Saudagar, Pulkit Khanna berkata, misi syarikatnya adalah menghapuskan konflik dalam kehidupan seharian dengan menghubungkan para pengguna dengan pembekal barangan dan perkhidmatan yang terbaik dalam pasaran.
“Perkongsian ini akan membolehkan para pengiklan di platform The Trade Desk untuk menggunakan wawasan dan pemahaman Gojek bagi mengukur kempen-kempen mereka dan seterusnya meningkatkan keberkesanan pengiklanan mereka,” katanya.
Gojek akan bekerjasama dengan TTD bagi mengukur impak pengiklanan dalam talian menggunakan transaksi pembelian dalam kedai sebenar Gojek, bukannya menggunakan data berasaskan-kuki, menghubungkaitkan pembelian yang dibuat di luar talian menggunakan Gojek, dengan pengiklanan yang disampaikan melalui platform TTD.
Ini akan melibatkan kedua-dua pembelian yang dibuat dalam aplikasi Gojek, seperti perkhidmatan penghantaran makanan, GoFood dan juga transaksi dalam kedai dengan saudagar-saudagar yang menerima GoPay.