Kalau anda masih lagi terpinga-pinga bisnes apa yang nak diceburi, saya cadangkan anda bermula dengan bisnes tudung. Bisnes tudung adalah bisnes yang paling diminati ramai. Jadi tak hairanlah persaingannya juga amat sengit. Jika anda pergi ke pasar malam, anda akan dapati terdapat 2 atau 5 peniaga yang menjual tudung!
Apa kelebihan bisnes tudung sebenarnya yang menjadikannya sangat popular?
Apabila saya cuba mendalami tentang bisnes tudung ini, saya mendapat beberapa jawapan..
1. Senang diuruskan – Walaupun anda tidak mempunyai sebarang pengalaman niaga atau dalam dunia fesyen wanita, anda tetap boleh menceburinya walaupun anda lelaki.
2. Keuntungan – Sangat-sangat lumayan hinggakan pendapatan anda boleh mencecah 4 angka sebulan walaupun anda hanya menjualnya di pasar malam pada hari-hari biasa! Jika pada musim perayaan, jualan bisnes tudung anda boleh melonjak hingga ke 5 angka. Boleh raya sakan dah tu!
3. Sasaran pembeli bisnes tudung hanyalah kaum wanita – Kuasa beli adalah didalam tangan mereka. Samaada mereka membeli tudung kerana dituntut dalam Islam atau sekadar berfesyen. Bermula daripada kanak-kanak perempuan hinggalah golongan dewasa, mereka wajib membeli tudung.
4. Modal yang sederhana – Anda mungkin perlukan modal permulaan lebih kurang RM 2000 sahaja. Cukuplah sekadar anda menjual di pasar malam dengan keluasan saiz kanopi 10′ x 10′. Apabila bisnes tudung anda sudah mula menjana keuntungan, buatlah pembelian ulangan lagi ke atas stok tudung anda. Pelbagaikan lagi jenis tudung di gerai jualan anda.
. Pasaran yang sangat luas! – Anda boleh menjualnya kepada semua wanita Islam secara Offline mahupun Online. Sekarang ini kita hidup dalam zaman internet. Cuba lakukan pemasaran melalui kaedah Online. Sasaran pembeli bisnes tudung anda akan merangkumi seluruh Malaysia mahupun luar negara. Bila ada tempahan, anda hanya perlu pos sahaja kepada mereka.
Namun begitu, dalam bisnes perkataan RISIKO tak pernah terlepas. Ini barulah dinamakan perniagaan.
Bisnes tudung juga tak lari daripada risikonya tersendiri.
Persaingan – Persaingan ada 2 jenis iaitu persaingan harga dan persaingan penjual. Memang saya tak nafikan, bisnes tudung memang sangat tinggi persaingannya. Dimana-mana sahaja anda akan terjumpa beberapa peniaga tudung yang sama dalam lokasi niaga yang sama. Untuk mengatasi persaingan ini, anda perlulah cipta Unique Selling Point anda sendiri. Hanya inilah yang boleh membezakan antara bisnes tudung anda dengan pesaing anda.
Perubahan Fesyen – Dunia fesyen pakaian sememangnya bergerak pantas seperti dunia teknologi masa kini. Sentiasa berubah-rubah mengikut peredaran masa. Jika anda baru memulakan bisnes tudung, mengikut kata-kata peniaga yang berpengalaman, mereka menasihatkan ELAKKAN membeli stok yang banyak untuk satu-satu jenis tudung. Boronglah dalam kadar yang sedikit sahaja. Daripada anda memborong jenis tudung yang sama dalam kuatiti yang banyak, dikhuatiri anda akan mengalami masalah lebihan stok yang tak laku! Anda yang RUGI!
Perubahan Cuaca – Jika cuaca elok, jualan anda memang lumayan. Jika panas terik, kemungkinan warna tudung yang terang akan luntur. Namun jika cuaca mula mendung, bersiap sedialah untuk mengemas dan simpan tudung anda. Jika hujan mulai turun, takut nanti semua tudung anda basah. Apabila basah, balik rumah sila jemurkan di ampaian. Jika tidak, ianya akan berbau dan lebih teruk lagi munculnya ‘tahi lalat’. Siapa yang nak beli kalau dah macam tu? Jika anda mempunyai premis kedai, anda tak perlu risaukan semua ini..
Apapun jua risiko yang anda hadapi dalam menjalankan bisnes tudung ini, buatlah perancangan yang rapi bagaimana untuk memajukan perniagaan anda ke peringkat yang lebih baik. Jika anda mempunyai perancangan untuk membuka sebuah kedai tudung, go for it!
Ebook ‘Rahsia Bisnes Tudung‘ ini bukanlah percuma, anda harus membelinya. Cuma berharga RM 60 sahaja. Saya cadangkan anda membelinya hari ini juga kerana penulis ebook ini juga menyediakan 2 buah ebook BONUS yang berbaloi tentang mewujudkan “produk killer” di dalam bisnes tudung anda dan bagaimana menangani permintaan tudung memang akan naik secara mendadak dalam bulan perayaan!
Anda tidak perlu membuang masa mencuba dan mencari sendiri “rentak” untuk menjalankan bisnes tudung ini. Ambil sahaja pengalaman Madihah Mustafha. Ia lebih mudah dan pantas untuk anda bermula.