oleh Team Richworks pada 28 September 2018
Bukan kisah lawak, bukan nak propa dan bukan nak tagih perhatian! This is the end. Yes betul ini Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaaan (IMKK) Nov 2018 terakhir yang bakal dilangsungkan di IDCC pada 2 hingga 4 November 2018 ini. Ini lah pengakhiran untuk program yang pernah mengubah hidup ramai peserta, yang pernah mengubah tahap kewangan mereka, ada yang bertemu jodoh, ada yang yang merapatkan dan memperbaiki hubungan keluarga, suami isteri dan sebagainya. Inilah IMKK!
Walaupun kami memang terbukti peneraju bidang latihan keusahawanan dan pakar latihan strategi pemasaran tapi ini bukan gosip murahan untuk tarik perhatian orang. Dah beribu peserta datang dan berkongsi pengalaman manis mereka dengan kami. Jika nak dicerita memang tak akan habis. Pengalaman berharga dari mereka ni dan memang boleh dibukukan.
Ramai yang rindukannya, dan anda mungkin akan terkenangkan IMKK selama-lamanya. IMKK November 2018 ini akan menjadi IMKK yang terakhir. Anda pilih untuk berada bersama kami atau tidak, IMKK yang terakhir ni tetap akan berlangsung. Kepada sesiapa yang pernah hadir, akan tahu kesan program 3-hari ini kepada hidup mereka, tahap kewangan dan banyak lagi yang telah merubah hidup mereka. Kami percaya ada kisah anda di sebalik kehadiran anda ke IMKK yang telah menyentuh hidup hampir 80,000 ribu manusia sejak tahun 2010.
Alhamdulilah hampir 10,000 ribu orang telah mendaftar sebelum kami umumkan IMKK ini sebagai IMKK terakhir sejak beberapa hari lepas! Adakah anda antara salah seorang peserta yang akan menjadi sejarah dalam IMKK terakhir ini. Pasti ini akan lebih bermakna dan meninggalkan kesan yang lebih mendalam dalam hidup anda.
Program yang telah menjadi titik tolak perubahan fenomena kebangkitan bisnes orang Melayu. Kami lihat masalah mereka semua sama, mereka tidak ada mentor yang guide, salah pilih mentor, tidak ada ilmu atau ilmu mereka hanya mampu buat mereka capai tahap itu sahaja selain mereka sendiri tidak ada kesungguhan untuk upgrade hidup dan tahap kewangan mereka.
Yang paling tragik adalah apabila dia tahu hidup dia teruk tapi dia tak buat apa-apa dan tak nak belajar bagaimana nak ubah. Kami ada formula yang dah terbukti berjaya bantu terlalu ramai untuk ubah hidup dan tahap kewangan serta bisnes. Dan kami bimbing melalui program ini.
Program ini juga telah membantu berpuluh ribu orang peserta untuk nampak dengan jelas bagaimana langkah permulaan untuk merubah hidup dan tahap kewangan mereka terutamanya mereka yang baru nak bisnes, tidak pernah bisnes dan apatah lagi yang telah berniaga. Anak didik kelahiran dari IMKK hari ini ramai menjadi pelopor dan leader dalam bidang mereka sendiri.
YB Rina Harun- Menteri Luar Bandar merupakan salah seorang anak didik dari IMKK dan program-program kami. Che Ta, artis terkenal, walaupun orang kata dia boleh buat bisnes dengan namanya sebagai artis, masih dia datang dan belajar dari IMKK sehingga menjadi ahli Titanium – kerana dia nak bawa jenama Jus Goyang Rapat By Rozita Che Wan, dan produknya yang lain terus kukuh dalam dunia bisnes. Sama juga seperti suaminya, Zain Saidin, dengan jenama kasutnya Zapatos, mereka sanggup hadir belajar dengan komited sebab mereka tahu hanya dengan ilmu mereka boleh pergi lebih jauh dalam bisnes.
Begitu juga dengan kehadiran Founder jenama-jenama terkenal seperti Siti Khadijah, De’Xandra, Nurraysa, Eskayvie, Bantal Hotel DAG, In3Tree, Al Fateh Genius, Roket Emel, Sifu FBads, Mood Republik, King’s Char Kuey Tiaw, Seraimas, Andalusia Travel & Tours, Little Caliph dan banyak lagi jenama terkenal yang lahir dari IMKK.
Dan, ketika mereka hadir pada mula-mula dulu, banyak masalah yang mereka tempuhi. Bisnes yang tak berkembang, bisnes yang dah nak merudum, tak tahu nak mulakan bisnes, masalah hutang, hidup yang teruk dengan 1001 masalah dan tak bahagia dan sebagainya. Mereka ada cita-cita dan impian tapi mereka tak tahu macam mana nak bawa diri mereka untuk capai impian itu. Mereka tak tahu apa tindakan yang mereka perlu lakukan, mereka tak jelas apa perkara yang menghalang dalam diri mereka sehingga macam susah sangat nak capai kejayaan – dan mereka temui jawapannya di IMKK.
Kami nak maklumkan kepada anda, ini adalah IMKK terakhir untuk tahun ini dan selepas 8 tahun, ia mungkin menempa sejarah yang tak mungkin orang lupakan program IMKK ini. Anda mungkin salah seorang yang dah bertahun-tahun hidup dengan banyak masalah, dan dah bertahun-tahun asyik tangguhkan impian anda. Adakah anda masih nak jadikan tahun 2019 sama seperti tahun-tahun sebelumnya – gagal, kecewa dan masih tak capai apa-apa?
IMKK bagaikan kolam madu ilmu kejayaan untuk anda, tapi kami tak mampu nak tarik tangan anda untuk sedut madu-madu ilmu, kami hanya mampu tunjukkan jalan, anda sendiri yang perlu melangkah dan mulakan tindakan. Sahut cabaran ini, mulakan tindakan anda sekarang!
#IMKKrians