oleh Team Richworks pada 04 September 2018
Kau ada impian? Ke hidup sekadar hidup? Ke setakat ulang alik buat benda yang sama? Bak kata Prof Hamka, “Jika hidup sekadar hidup, kera di hutan pun hidup…” Impian kalau tak sebesar sampai ada orang gelakkan kita dan sampai kita sendiri rasa kecut perut nak cakap, itu bukan impian.
Impian biasanya adalah benda yang kita tak biasa capai. Kalau tak dia bukan impian. Dia tak ada macam “Oh impian aku tengah hari ni nak makan nasi”. Itu dah memang rutin, ia bukan impian. Impian ni biasanya something yang lebih besar daripada kita punya kebiasaan yang kita ada. Sepatutnya impian ini adalah satu benda yang not common atau tak pernah kita capai. Itulah namanya impian.
Mereka yang mampu atau dapat ubah hidup mereka adalah mereka yang bermula dengan adanya impian. Of course impian saja tak cukup. Impian hanyalah sebahagian daripada journey itu. Tapi kalau tiada impian, tidak akan ada perubahan. Kita pergi office, pergi kerja, pagi-pagi ulang alik, kita mesti drive belakang tu adalah untuk kita nak capai sesuatu. Kita nak ada peningkatan.
Mungkin 5 tips ini membantu anda yang memerlukan. Kalau anda tak ada impian, tak payah baca. Pergi baca gossip sana! Kalau kita nak capai apa yang kita tidak pernah capai, selain daripada berani berimpian luar biasa, kita juga mesti sanggup lakukan apa yang perlu yang mungkin selama ini kita tidak berani lakukan asalkan ia baik dan akan bawa kita ke matlamat kita In Sya Allah. Apa 5 perkara penting yang anda perlu tahu untuk ubah hidup ni? Jom baca bersama.
5 BENDA PENTING UNTUK UBAH HIDUP ANDA
- Ada impian
Seperti saya cakapkan tadi, anda perlu punyai impian yang anda sendiri kecut perut nak capai impian tu. Setiap dari kita punyai impian. Betul-betul? Apa impian anda? Nak rumah besar, nak ada kereta besar, nak jadi bos, nak pergi Haji? Saya yakin banyak lagi impian anda yang lagi hebat untuk dicapai.
Impian ni kalau hanya disebut-sebut memang tak jalan. Sebab tu anda perlukan tindakan. Tulis impian anda secara terperinci supaya anda boleh nampak hala tuju yang anda nak capai tu. Apa gunanya hidup kalau anda tak ada impian. Tak ada perkara yang boleh drive anda untuk ke arah kejayaan itu. Impian seperti nyawa yang tak boleh dipisahkan dalam kehidupan. Betul betul?
- Percaya yang ianya tidak mustahil
Jangan matikan impian yang tertanam dalam diri dek kerana mulut orang. Jiran sebelah kau gelakkan kau nak pakai kereta Ferrari pun kau dah muncung! Terus syahdu. Come on, takkan tu pun kau dah kecut. Dia gelakkan kau? Kau buktikan yang kau boleh pakai Ferrari suatu hari nanti. Biar dia ternganga tengok kau. Tapi apa yang perlu buat untuk miliki Ferrari tu? Usaha dan lakukan segala perkara yang boleh ubah hidup kau. Kalau asyik tunggu duit gaji masuk bulan-bulan RM2,000 jer memang sampai ke sudah kau tak dapat pakai Ferrari. Faham sesuatu?
Dan anda juga perlu ingat, tanamkan dalam diri anda dan percaya bahawa setiap perkara yang bakal berlaku adalah tidak mustahil, In Sya Allah. Yakin dalam diri anda bahawa setiap benda yang anda nak capai tu pasti akan tercapai suatu hari nanti. Lapangkan dada dan minda anda. Sentiasa berfikirian positif.
- Sanggup belajar dan komited
Kalau anda seorang yang sombong, seorang yang ego, tolong buang jauh-jauh sikap itu. Anda kena banyak cari ilmu dan sanggup belajar serta komited. Apa guna hidup jika tidak buat perkara baru dan belajar ilmu baru? Jangan sombong untuk menimba ilmu kerana dengan ilmu tu lah anda boleh belajar dan perbaiki taraf hidup anda.
- Gigih bekerja
Kehidupan di dunia ini adalah terlalu pendek dan pantas untuk disia-siakan. Jika anda letih, penat dan gagal mengimbangi keperluan kehidupan anda maka hidup anda akan terumbang-ambing dan tiada arah tuju. Anda perlulah sentiasa gigih bekerja untuk mencapai impian anda tu. Tapi untuk capai impian tu mestilah anda perlu ada ilmu.
Ilmu amat penting sebagai rujukan dan guide untuk anda ke arah mencapai impian tu. Percayalah orang yang bekerja keras dan gigih berusaha untuk mencapai matlamat dalam hidupnya, pasti akan peroleh kejayaan yang dia sendiri tidak jangka.
- Always connected dengan Allah S.W.T
Bagi mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat, niat, matlamat dan kehidupan seharian perlu dijuruskan kepada keberkatan dan keredhaan Allah. Kita harus sentiasa bersujud kepadanya kerana Dia yang Maha Memimpin kita dan mengaturkan semua yang terbaik untuk kita.Kalau anda lakukan semua perkara dalam hidup tanpa mendapat redha dari Allah S.W.T, maka hidup anda akan sentiasa rasa kosong.
Faham ke faham 5 point penting ni? In Sya Allah dalam 20 tahun berniaga, sejak pertama kali saya berhenti kerja pada 1998 dan melakukan full time business, I came a long way to this point. Alhamdulilah. Life is full of ups and down. Yang penting jangan pernah give up walau semua orang lain dah give up. Dan yang paling penting adalah apa niat kita? Niatkan untuk mencari redha dan keberkatanNya dan juga untuk manfaat ramai orang lain, In Sya Allah. Moga anda terus sukses.