KUALA LUMPUR: Negara serumpun, Indonesia kini menjadi destinasi pilihan bagi rakyat Malaysia untuk dikunjungi kerana tarikan budaya dan makanan yang menarik.
Kebanyakan pengunjung yang hadir ke acara Matta Fair yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) tidak melepaskan peluang untuk singgah ke gerai “Visit Indonesia” bagi mendapatkan pakej murah yang disediakan.
Lebih menarik lagi apabila Miss Tourism International 2018/2019, Astari Vernideani turut hadir untuk memeriahkan gerai pameran itu yang menawarkan tarikan dan pakej murah yang hanya boleh didapati di pameran pelancongan berkenaan.
Menurut Astari, salah satu tarikan ialah Kota Banyuwangi, terletak di Jawa Timur dan menawakan destinasi yang cantik untuk dikunjungi. Menurutnya, masih ramai rakyat Malaysia tidak tahu tentang keunikan destinasi tersebut.
“Banyuwangi bukan sekadar menawarkan pemandangan gunung-ganang yang indah, malah lautan biru yang dapat memberi ketenangan itu harus dilawati buat pencinta alam semulajadi,” katanya.
Menurut salah seorang pengunjung, Mohd Izwan bin Imran berkata beliau merancang untuk ke negara itu kerana mudah untuk mendapatkan makanan halal dengan harga yang berpatutan.
Indonesia bukan sahaja kaya dengan budaya mereka tersendiri. Penggunaan Bahasa Indonesia yang mudah difahami warga Malaysia salah satu tarikan pengunjung Malaysia gemar melawat republik itu kerana mudah untuk berkomunikasi.
Matta Fair 2019 yang bermula sejak hari ini (15 Mac) akan berlangsung hingga Ahad (17 Mac) mendapat sambutan yang luar biasa bukan sahaja dari rakyat Malaysia pelancong asing.