Ada individu yang mengalami masalah bengkak dalam hidung namun tidak menyangka bahawa ia mungkin adalah perkara serius.
Ini kerana ada yang akan beranggapan bahawa ia hanyalah disebabkan mukus atau tahi hidung yang berkumpul dan tersumbat.
Persoalannya, apa punca kebengkakan dalam hidung ini terjadi dan adakah ia sebenarnya petanda jangkitan yang kronik?
Untuk mengetahui jawapan tentangnya dengan lebih mendalam lagi, ayuh sama-sama kita semua ikuti artikel ini!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keadaan Telinga, Hidung/Tekak, sila dapatkan di sini.
Apa maksud bengkak dalam hidung?
Untuk pengetahuan anda, kebengkakan dalam hidung adalah berpunca daripada sejenis kondisi bernama sinusitis.
Kondisi ini akan mengakibatkan tisu dinding sinus di dalam hidung membengkak disebabkan oleh jangkitan kuman.
Jangkitan sinusitis ini juga akan mempunyai beberapa tahap iaitu:
- Akut – Berlangsung selama 2 ke 4 minggu
- Sub-akut – Berlangsung selama 4 ke 12 minggu
- Kronik – Berlangsung selama 12 minggu dan ke atas
Selain kewujudan kebengkakan dalam hidung, penderita juga mungkin akan mengalami simptom seperti berikut:
- Sukar bernafas
- Hidung bernanah
- Hidung berair
- Hidung tersumbat
- Hilang deria bau
- Batuk
- Selesema
- Demam
Persoalannya, apa punca yang mendasari kondisi ini berlaku kepada ruang nasal anda? Sila teruskan membaca untuk tahu ya!
Apa punca bengkak dalam hidung?
Seperti yang telah kami nyatakan di atas tadi, keadaan kesihatan ini disebabkan oleh jangkitan kuman pada ruang nasal.
Jangkitan ini boleh didapati daripada kuman yang berada pada persekitaran khususnya yang kotor dan penuh dengan alergen.
Dalam pada itu, jangkitan sinusitis mungkin akan lebih mudah terjadi dan makin memburuk akibat beberapa kondisi lain termasuklah:
Kebiasaannya, kondisi ini adalah tidak berbahaya dan akan sembuh dengan sendiri jika masih di tahap akut dan sub-akut.
Pun begitu, lain pula ceritanya jika ia telah berada di tahap kronik kerana pengambilan ubatan dan rawatan doktor adalah diperlukan.
Disebabkan itu, adalah sangat penting untuk kalian merawat dan mencegah masalah ini daripada terus berlaku dan berulang.
Apa yang boleh dibuat untuk merawat & mencegah?
Meskipun kami kata ia bukanlah satu masalah yang begitu serius, perhatian perubatan masih diperlukan untuk mengelakkan komplikasi lain.
Pertama sekali, sila berjumpa doktor untuk diagnosis masalah ini bagi menentukan sama ada ia sinusitis ataupun tidak serta tahap keterukannya.
Selepas itu, barulah mulakan langkah untuk merawat dan mencegah masalah ini.
Untuk merawat masalah ini daripada terus berlaku…
Untuk merawatnya, doktor mungkin akan menyarankan ubatan untuk mencuci rongga hidung jika masih di tahap tidak kronik.
Namun harus diingatkan bahawa ubatan ini tidak boleh digunakan lebih daripada 3 hari kerana mungkin wujud kesan sampingan yang lain.
Jika sudah teruk, doktor mungkin akan menyarankan anda untuk mengambil antibiotik serta mendapatkan rawatan menggunakan wap.
Dalam beberapa kes pula, doktor juga mungkin akan memberikan steroid untuk menyembuhkan kondisi bengkak dalam hidung.
Untuk mencegah masalah ini daripada terus berulang…
Mungkin tidak wujud sebarang cara khusus untuk mengelakkan jangkitan kuman lantas menyebabkan kebengkakan dalam hidung.
Ini kerana kita semua sudah pasti terdedah dengan persekitaran yang kotor terutamanya jika kalian menginap atau bekerja di kawasan tersebut.
Namun ada beberapa cara yang kalian boleh cuba untuk mengelakkan jangkitan ini terjadi iaitu:
- Sentiasa memakai pelitup muka
- Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun
- Jangan menyentuh muka dengan tangan
- Tidak merokok dan berada dekat dengan perokok
- Jauhi segala perkara yang boleh mengakibatkan alahan
Sekiranya masalah ini dibiarkan tanpa anda merawat dan mencegah, sinusitis mungkin boleh membawa kepada jangkitan tulang, jangkitan otak serta meningitis.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.