Usahawan-usahawan di seluruh negeri Johor berpeluang meluaskan pemasaran produk dan perkhidmatan secara lebih meluas setelah kerajaan negeri menyatakan melancarkan penggunaan teknologi aplikasi Jendela Aplikasi Servis dan Solusi (JASS).
Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian berkata, aplikasi secara digital tersebut bukan sahaja bertindak sebagai pemudahcara bagi merancakkan aktiviti keusahawanan di negeri berkenaan malah berupaya diperluaskan ke seluruh negara.
“Golongan usahawan muda khususnya dapat memasarkan produk dan perkhidmatan mereka dengan lebih eksklusif melalui JASS.
“Kita berharap pelancaran aplikasi ini akan menjadi permulaan untuk ia diperluaskan ke seluruh negara pula,” katanya pada Festival Islam dan Halal Antarabangsa Johor 2019 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, baru-baru ini.