BAGI sesetengah ibu bapa, menghantar anak-anak mereka yang kurang sihat ke sekolah adalah lebih mudah bagi mengelakkan gangguan pada jadual mereka.
Walau bagaimanapun, seorang ibu dari Kanada menegaskan menghantar anak yang sakit ke sekolah bukan sahaja mementingkan diri sendiri malah ia perbuatan tidak bertanggungjawab selain meletakkan risiko yang serius terhadap kanak-kanak lain.
Maria Jordan MacKeigan dari Edmonton, Alberta adalah ibu kepada Jordan Grace, 3 tahun, dan Ana Maria, 9 tahun.
Jordan menghidap penyakit Sindrom Down dan mempunyai sistem imun yang lemah.
Menurut laporan Daily Mail, dalam menjaga anaknya, Maria mula menyedari risiko yang akan dihadapi oleh anaknya setiap hari.
Oleh itu, dia berasa berang apabila ibu bapa lain bertindak menghantar anak mereka yang sakit ke sekolah.
Beliau meluahkan perasaannya di laman media sosial Instagram.
“Saya tak faham mengapa ada yang sanggup meletakkan orang lain dalam keadaan berisiko hanya kerana mereka mempunyai banyak kerja yang perlu dilakukan,
“Sekolah bukanlah pusat penjagaan untuk menjaga anak mereka yang sakit, sebaliknya anak-anak anda memerlukan pelukan dan kasih sayang anda untuk pulih,” katanya.
Source link