KUALA LUMPUR: Tiga pengurus kanan unit sekuriti Uber Technologies Inc’s meletak jawatan susulan kebocoran data secara besar-besaran yang menjejaskan 57 juta penumpang dan pemandu di seluruh dunia pada 2016.
Tiga pengurus kanan Uber yang letak jawatan pada Jumaat adalah Ketua Turus Sullivan, Pooja Ashok, Jurutera Sekuriti Kanan Prithvi Rai dan Ketua Keselamatan Fizikal Syariakat, Jeff Jones.
Ketua Pegawai Eksekutif Uber, Dara Khosrowshahi, yang mengambil alih tugas daripada Travis Kalanick pada Ogos lalu, memberitahu dia mendedahkan insiden kebocoran data selepas menyedari perkara tersebut baru-baru ini.
Minggu lalu, Uber memecat Ketua Pegawai Sekuriti, Joe Sullivan kerana terlibat dalam kebocoran data berkenaan dan tidak melaporkannya.
Nama, alamat dan nombor telefon 57 juta penumpang terdedah dalam kebocoran data tersebut.
Dari jumlah itu, 600,000 identiti pemandu termasuk butiran lesen mereka turut bocor.