Kajian menunjukkan bahawa satu pertiga atau lebih banyak keuntungan dihasilkan oleh golongan pekerja yang setia dengan organisasi. Adakah anda, sebagai seorang pemimpin perusahaan atau pihak pengurusan atasan, membuat pemerhatian terhadap keadaan ini dalam organisasi anda? Jangan terkejut sekiranya setelah membuat penelitian bahawa lebih daripada 60% pekerja dikategorikan sebagai tidak setia dan sedang aktif mencari kerja baru di tempat lain.
Seorang pakar mengatakan jika anda membayar 100% kepada orang yang tidak setia, iaitu bekerja separuh hati, maka anda akan mengalami kerugian sebesar 50% daripada kos pendapatan yang dikeluarkan. Amat sedih apabila anda mengetahui tentang perkara ini dan lebih menyedihkan lagi apabila anda mengalaminya dalam organisasi sendiri.
Sebagai peminpin dalam sesebuah organisasi perniagaan, anda harus mengadakan suasana yang kondusif demi mengekalkan pekerja terbaik dan mengurangkan jumlah pekerja yang tidak setia dalam organisasi. Berikan penghargaan untuk menaikkan semangat mereka dan lakukan sesuatu untuk meningkatkan penglibatan mereka dalam perusahaan. Wujudkan program di mana pekerja dapat terlibat dalam inisiatif dan kegiatan pembangunan di setiap peringkat dalam organisasi.
Berikut adalah cara-cara yang berkesan dalam memupuk kesetiaan pekerja terhadap organisasi perniagaan anda:
1. Jadikan tempat kerja anda tempat yang disukai atau favourite place
Sebagai tempat kerja, pejabat anda tidak semestinya seperti pejabat Google atau Facebook yang mempunyai suasana “Work Like at Home”. Namun begitu, pastikan setiap pekerja merasa senang dan mendapat kemudahan yang cukup untuk menjalankan tugas mereka. Selain itu mereka harus berasa selesa untuk melakukan kegiatan sosial, kerja amal, sukarela dan layanan masyarakat sebagai kegiatan berkumpulan.
2. Peluang untuk mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti
Para pekerja tidak seharusnya digalakkan bergiat dalam aktiviti pekerjaanja sahaja, malah harus terlibat dalam aktiviti peribadi dan bersama keluarga. Ini akan membuatkan merekea lebih gembira dan lebih seterusnya lebih senang hati untuk mengambil bahagian dan produktif dalam kerjanya. Kegiatan dalam komuniti selain di pejabat perlu diadakan untuk membangunkan mental dan keperibadian mereka.
3. Buka kotak cadangan
Sentiasa buka pintu anda untuk berinteraksi dan berbincang bila-bila masa. Cadangan dan pendapat yang diberikan bukanlah berbentuk aduan kekurangan di tempat kerja, tetapi cadangan kaedah dan cara baru untuk meningkatkan prestasi kerja yang mungkin anda tidak pernah fikirkan. Berikan mereka kebebasan untuk menunjukkan kreativiti dalam kerja, tetapi tetap berada dalam kawalan dan pemantauan anda.
4. Aktiviti Membina Sikap Berpasukan @ Team Building
Kerjasama dalam pasukan akan menjadikan suasana kerja lebih kondusif dan menambahkan produktiviti. Kegiatan yang menyatukan pekerja bukan setakat dalam bentuk kegiatan outing (outbound) tetapi boleh juga dari segi aktiviti kemasyarakatan, menderma darah, mengunjungi pusat asuhan, jualan murah dan sebagainya. Penglibatan mereka akan memupuk semangat kerjasama dalam pasukan.
5. Program berterusan
Program memupuk kesetiaan pekerja tidah seharusnya diadakan sekali sahaja, malah ia sepatutnya dilakukan secara berterusan dan harus dijalankan dengan tekun. Cuba anda fikirkan bentuk kegiatan yang berkesan dan aktif dalam memupuk kesetiaan pekerja.
Kesetiaan pekerja adalah penting dalam usaha mengekalkan prestasi, di samping memberi kesan positif dalam memupuk sifat-sifat berfikiran maju (advance), mempunyai intergiti dan berdisiplin. Sifat-sifat begini sangat penting lebih-lebih lagi dengan bertambahnya industri-industri sejenis yang bersaing dalam pasaran. Jagalah semangat bekerjasama dalam pasukan anda dengan memberikan mereka kuasa untuk bertindak (empowerment) bagi menguatkan lagi kesetiaan mereka