Anda pengemar seaweed? Anda tentu kenal dengan jenama rumpai laut Tao Kae Noi? Tahukah anda pengasas disebalik rumpai laut yang menjadi kudapan paling digemari di dunia ini adalah seorang pemuda biasa yang dahulunya kosong ilmu perniagaan.
Siapa tak nak jadi jutawan kan? Tapi tak ramai antara kita sedar susah senang bagaimana untuk berusaha sehingga berjaya.
Kisah kejayaan pemuda ini diangkat melalui filem berjudul Top Secret: The Billionaire yang mengisahkan bagaimana Top Ittipat berjuang jatuh bangun membina usahanya.
Kisah ini sesuai untuk dijadikan inspirasi bagi usahawan yang bergelumbang dengan masalah bisnes. Kejayaan tidak akan datang dengan mudah. Anda hanya perlu berusaha keras dan jangan pernah mengalah.
#1-Sejarah Awal
Ketika zaman remajanya, beliau digambarkan seorang yang nakal dan tidak berminat dengan ilmu pendidikan. Hobinya hanya bermain permainan video. Tidak pernah dibayangkan oleh beliau tentang masa depan yang cerah seperti remaja lain yang bertungkus lumus berjaya dalam pelajaran.
Dek kepakaran beliau dalam bermain video game Top berjaya mendapatkan duit pertamanya sendiri dengan menjual senjata di dalam permainan game tersebut dengan transaksi duit sebenar.
Dengan bisnes “weapon trading” dalam game online ini, membeli sebuah kereta berharga 600 baht hasil daripada wang 1 juta baht yang diperolehinya.
Namun, nasib tidak menyebelahinya apabila urusniaga dalam permainan game berkenaan dikatakan tidak sah disisi undang-undang Thailand. Top terpaksa lupakan hasratnya untuk menjadi pemain game terkenal dunia.
#2-Bangkit Daripada Kegagalan
Top mula sedar tentang masalah yang mula melilit kehidupannya. Bisnes yang diusahakan ibu bapanya mengalami kemerosotan manakala rumah kediaman mereka telah disita oleh pihak bank.
Inilah titik permulaan kebangkitan semangat anak muda ini untuk mengubah jalan kehidupannya.
Top mula mendapat idea dengan menjalankan perniagaan menjual kacang rebus. Beliau berjaya menyewa sebuah mesin pemproses kacang rebus daripada sebuah syarikat yang berpangkalan di negara Jepun.
Tidak pernah berputus asa, setiap hari Top akan belajar menghasilkan sebuah ramuan kacang rbus yang sedap dan enak tidak kira di pasar tani mahupun di dapur rumahnya.
Setelah bertungkus lumus, akhirnya Top berjaya menghasilkan kacang rebus yang menjadi kegilaan setiap orang yang merasa kacang tersebut.
#3-Bisnes Mula Berkembang
Hasil daripada bantuan pakciknya, Top mula menyewa tapak perniagaan di sebuah shopping mall berdekatan rumahnya. Namun, tidak seperti yang diimpikan, pulangan yang diterima pada awalnya tidak memberangsangkan.
Top membuat keputusan menukar lokasi perniagaannya ke tempat yang lebih strategik iaitu di hadapan pintu masuk shopping mall tersebut.
Percaturannya kali ini membuahkan hasil yang membanggakan. Sehingga menyebabkan Top terpaksa menambah mesin pemprosesan serta mengajikan pekerja bagi menguruskan kedainya.
Namun, disangka panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengahari. Bisnes yang diusahakan terpaksa ditutup kerana pihak atasan Malal memberi alasan bahawa asap yang terhasil daripada mesin miliknya merosakkan bumbung mall tersebut dan mengganggu perniagaan lain yang ada di situ.
#4-Tercetus Idea Rumpai Laut
Rasa kecewa menyelubungi hidup Top. Saat itu ibu bapanya mengajak beliau untuk berpindah ke China kerana rentetan hutang yang ditanggung syarikat bapanya sudah di tahap maksima dan tidak dapat dibendung lagi.
Top tetap dengan pendiriannya untuk kekal diThailand. Beliau berjanji untuk berusaha melangsaikan hutang keluarganya yang ketika itu mencecah angka 40juta Baht.
Maka bermulanya episod bisnes rumpai laut yang berjaya melonjakkan beliau menjadi billionair. Idea untuk menjual rumpai laut ini bermula ketika bekas kekasihnya memberikan Top snek rumpai laut untuk meredakan kesedihannya pada waktu itu.
Dengan modal 100 baht, Top mula membeli rumpai laut mentah. Pakciknya yang bertanggungjawab untuk memasak rumpai laut berkenaan
Top juga turut mempelajari cara untuk mengawet rumpai laut tersebut supaya lebih tahan lama dan tidak mudah rosak. Namun begitu cubaan Top untuk menghasilkan rumpai laut yang tahan lama tidak berjaya dimana rumpai laut goreng yang dihasilkannya hanya bertahan dalam tempoh seminggu.
Demi bisnes ini, Top tekad berjumpa dengan seorang Professor disebuah Universiti untuk mempelajari bagaimana menghasilkan produk makanan yang tahan lama. Profesor tersebut berjaya membantu Top dalam menghasilkan rumpai laut gorengnya yang tidak mudah basi dengan membuat vakum pembungkusan dan menukarnya dengan nitrogen.
#5- Jenama ‘Tao Kae Noi’ Menguasai Pasaran Dunia
Top mula memikirkan strategi bagi melebarkan jenamanya. Dia hanya tertumpu pada ruang dapur rumahnya untuk menghasilkan produk ini.
Top berjaya membuka sebuah kilang pemproses menggunakan kedai peninggalan bapanya yang sudah tidak digunakan lagi dan mengupah beberapa orang pekerja untuk menghasilkan 72,000 bungkus snek rumpai laut untuk dipasarkan di 7 Eleven mengikut tempoh waktu yang ditetapkan.
Top akhirnya berjaya memenuhi permintaan 7 Eleven dan produknya dipasarkan di 3000 buah kedai 7 Eleven di seluruh Thailand dan 2 tahun kemudian Top berjaya membayar hutang keluarganya dan berjaya mengambil kembali rumah keluarganya.
Ketika usianya 26 tahun, beliau mampu tersenyum kerana berjaya mengaji seramai 2500 pekerja dan menghantar produknya ke 6000 cawangan 7-Eleven seluruh dunia dan mengeksport makanan ringan rumput lautnya ke 27 negara termasuk Indonesia.
Jutawan muda ini mempunyai tanah ladang rumput laut di Korea Selatan dan pendapatannya mencapai 1.5 juta Bath setahun.