Kecur air liur apabila mendengar perkataan sate. Makanan yang ramai peminat ini membuatkan ia tidak luput ditelan zaman, sentiasa ada penggemar tetap terhadap sate ini. Dengan mengikuti kisah seorang usahawan iaitu usahawan Mohd Syarifuddin Misjan, yang merupakan penerus pengusaha sate yang diwariskan oleh arwah ayahnya.
Perniagaan turun-temurun membuatkan keluarga Syarifuddin memelihara perniagaan ini agar terus berkembang kerana perniagaan ini sudah wujud sejak 30 tahun yang lalu. Perniagaan keluarga yang diberi nama Syarif Mizan Food Industry Sdn Bhd berkembang pesat dengan lajunya mengikut peredaran zaman.
Jom ikuti kisah jatuh bangun syarikat Syarif Mizan Food Industry Sdn Bhd (SMFI Sdn Bhd).
Berpindah kilang ke tempat yang selesa
Syarikat ini wujud sejak 1973 di mana perniagaan ini dibuat secara kecil-kecilan sahaja. Pada masa itu, nama syarikat masih belum ada. Pada akhir 2015, dengan berbekalkan modal sendiri iaitu RM 100,000.00 dan mendapatkan bantuan pinjaman daripada TEKUN, syarikat sate ini berhasil memindahkan tempat pemprosesan sate dari sebuah bengkel kecil kepada sebuah kilang yang berhampiran dengan rumah mereka.
Dengan perpindahan yang dilakukan, mereka berhasil menyediakan 10,000 sehingga 20,000 sate dalam masa sehari dan diedarkan kepada pelanggan mereka. Permintaan meningkat dan perniagaan berjalan dengan lancar pada awal pembukaan sate tersebut. Namun begitu, perniagaan sate keluarga Syarifuddin merosot apabila ayahnya, Misjan meninggal dunia pada tahun 2003 atas sebab sakit jantung.
Kemerosotan berlaku
Kemerosotan berlaku pada ketika kerana pelanggan tetap hilang kepercayaan apabila ibu Syarifuddin mengambil alih tugas ayahnya di mana sebelum ini hanya ayahnya sahaja yang mengetahui resepi sate perniagaan keluarga tersebut. Tetapi, perniagaan sate tetap diteruskan apabila ibunya bermimpi mengenai resipi yang ayahnya hasilkan. Pengarah SMFI menyambung pengajian dalam bidang kulinari memandangkan dia perlu membantu ibunya meneruskan perniagaan keluarga tersebut.
Menghantar sampel untuk dapatkan pelanggan
Pada tahun 2008, Syarifuddin telah mengambil langkah yang bijak di mana beliau menghantar sampel sate ke hotel dan restoran untuk mendapatkan pelanggan. Pada tahun itun juga, SMFI telah mendapat kepercayaan semula apabila permintaan terhadap sate meningkat secara mendadak. Mereka juga banyka mendapat tempahan terutamanya pada musim perayaan dan bulan Ramadan.
Kepentingan Sijil Halal
Dengan berkembangnya syarikat Syarif Mizan Food Industry Sdn Bhd, Syarifuddin mula merasakan keperluan untuk mendapatkan pensijilan halal yang diiktiraf oleh JAKIM untuk melancarkan pemasaran produk mereka. Pensijilan halal ini perlu kepada semua pembekal makanan untuk menjaga integrity halal walaupun bahan yang digunakan adalah halal. Pensijilan halal juga berguna dalam tujuan pemasaran agar ia diyakini oleh Muslim kerana rata-rata pelanggan SMFI adalah orang Islam. SMFI mendapat purata jualan dalam RM 60,000 hingga RM 120,000.00 hanya dalam sebulan.
Rancangan masa hadapan
Untuk perancangan masa hadapan, beliau merancang untuk memperkenalkan perniagaan kiosk secara francais untuk membantu peniaga yang menjalakan perniagaan sate dengan kos yang rendah.
Demikianlah kisah seorang usahawan yang berniaga dalam perniagaan sate. Walaupun perniagaan sudah berpuluh tahun lamanya, namun ia tetap berdiri teguh demi memelihara perniagaan keluarga sekaligus memberi inspirasi kepada orang Melayu agar berniaga.