Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.
Wabak virus COVID-19 bukanlah satu isu yang asing lagi bagi kita semua kerana sehingga kini satu dunia masih sedang giat melawan wabak ini.
Bermula pada hujung tahun 2019, sudah hampir setahun kita semua hidup dengan kebimbangan dijangkiti virus korona baharu ini.
Tanpa mengira siapa, virus ini telah menjangkiti ramai golongan selebriti antarabangsa seperti Hugh Grant, Stephen Amell dan terbaharu Ellen DeGeneres.
Siapakah beliau? Jom sama-sama kita semua ikuti artikel ini dengan lebih lanjut!
Siapa itu Ellen Degeneres?
Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, adalah wajar untuk kita semua berkenalan dengan seorang pelawak dan pengacara yang sangat popular ini terlebih dahulu.
Beliau mula menempah nama di dalam industri hiburan Hollywood menerusi penampilannya di dalam sitkom Ellen serta rancangan bual bicaranya sendiri iaitu The Ellen DeGeneres Show.
Apa yang mengejutkan mengenai beliau adalah Ellen merupakan seorang homoseksual dan tidak malu untuk mengakuinya secara umum tentang status tersebut.
Bercakap mengenai statusnya, beliau telahpun beberapa kali berkahwin dengan wanita pilihan hatinya.
Baca juga:
Sudah Diluluskan! Tak Perlu Ke Hospital, Periksa COVID-19 Di Rumah Saja, Bila Boleh Mula?
Juga merupakan mangsa wabak virus COVID 19?
Di Amerika Syarikat, kesedaran mengenai bahaya dan risiko wabak virus COVID 19 ini mungkin tidak berada pada tahap yang terlalu memuaskan.
Ini telahpun dibuktikan melalui kadar kes positif virus korona baharu ini lantas menjadikannya negara yang paling tinggi lengkungan graf jangkitan.
Mungkin disebabkan itu, sudah ramai selebriti antarabangsa di sana yang telah dijangkiti wabak ini seperti Khloe Kardashian, Robert Pattinson dan Dwayne ”The Rock” Johnson.
Terbaharu, pengacara yang juga merupakan ikon LGBTQ Ellen Degeneres telah mengesahkan beliau dijangkiti virus ini melalui sebuah laman Twitter kendalian rancangannya.
— Ellen DeGeneres (@TheEllenShow) December 10, 2020
Satu lagi berita yang mengejutkan dunia bukan?
Penangguhan segala program berkaitan akibat COVID 19?
Buat anda yang gemar menonton rancangan temu bual beliau, mungkin kalian perlu mencari alternatif yang lain kerana ia akan ditangguhkan sementara.
Menurut wakil dari syarikat penerbitan rancangan tersebut, penggambaran mungkin ditangguhkan seketika sehinggalah Januari 2021 kelak.
Ellen dalam ciapannya turut menyeru agar semua individu yang melakukan kontak rapat dengan beliau agar berwaspada dan segera melakukan pemeriksaan kesihatan.
Dalam pada itu, beliau turut menyatakan bahawa akan menurut segala garis panduan yang ditetapkan oleh CDC seperti mana yang perlu dicontohi oleh kita semua juga!
Bagaimana situasi coronavirus di negara kita?
Di Malaysia, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih lagi giat dijalankan sesuai dengan tahap jangkitan di sesuatu tempat atau negeri.
Perkembangan Terkini COVID-19
Negara: Malaysia
Statistik Kes
78,499
Disahkan
9,196
Sembuh
395
Kes Kematian
Peta sebaran
Apa yang mungkin membezakan kita semua dengan individu di negara lain adalah kesedaran tentang kepentingan pemakaian topeng muka serta penjarakan sosial masih berada di tahap yang baik.
Anda mungkin berminat untuk membaca:
Ya, ia adalah satu perkembangan yang bagus kerana hanya inilah cara terbaik untuk melawan pandemik COVID-19 ini daripada terus berleluasa sehinggalah sebarang penawar atau vaksin berjaya ditemukan.
#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.