RAMAI pelari tegar kini sudah memulakan semula rutin larian mereka selepas lama berehat.
Tidak kurang juga yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti larian yang semakin diminati, apatah lagi di kala kelonggaran diberikan untuk kita terus kekal cergas dan sihat.
Memetik perkongsian daripada @twtmarathon, ini sedikit tip buat kalian untuk kembali aktif setelah ‘lama’ berehat.
1) Tidur
Ramai antara kita mempunyai waktu tidur yang berbeza, ada yang tidak cukup tidur dan ada yang terlebih tidur.
Badan kita perlukan rehat secukupnya agar kita mempunyai tenaga yang cukup untuk keesokan hari.
Menurut MyHealthFinder, kita perlu cukup tidur selama tujuh hingga lapan jam untuk mendapatkan tidur yang berkualiti.
Jadi, amalkan tidur yang cukup dan kembali kepada pola tidur yang asal.
2) Konsisten
Kepada peminat acara larian atau joging, jalani aktiviti ini secara berfasa. Mulakan dengan berjoging dua ke tiga kilometer secara konsisten.
Perlu diingat, jangan terus berjoging hingga 10 kilometer pada hari pertama. Biarlah badan dan otot anda membiasakan diri dengan aktiviti joging ini.
Badan akan terkejut apabila tiba-tiba terpaksa berlari terlalu jauh.
Bina semula asas, dan pastikan konsisten.
3) Program
Jika anda seseorang yang sering mengikuti program senaman, anda boleh ikuti program larian yang sedia ada.
Program seperti itu membantu untuk mengekalkan motivisi diri agar sentiasa berdisiplin.
4) Jarak
Awas! Jaga jumlah jarak anda berjoging setelah lama berehat. Mengejar mileage selepas berehat terlalu lama boleh membawa kepada kecederaan.
Ini juga termasuk kepada pelari yang pernah cedera, jaga mileage anda semasa berjoging.
Otot dan sendi kita memerlukan masa untuk biasa dengan aktiviti joging yang anda biasa lakukan dulu.
Terdapat artikel yang menyebut mengenai kecederaan selepas berehat terlalu lama dan terus mengejar mileage.
Jaga diri anda.
5) Senaman
Dalam tempoh untuk mengembalikan fitness kita, kita boleh melakukan strength and conditoning untuk menguatkan sendi dan otot kita.
Anda juga boleh melakukan body work out secara indoor.
Beberapa program yang tidak memerlukan alat dan hanya menggunakan berat badan anda dalam body workout ini.
6) Sasaran
Sasaran penting untuk mendorong anda melakukan semua tip.
Pastikan anda mempunyai target supaya anda mempunyai motivasi peribadi.
Adakah anda lakukan ini untuk sihat? Saingan sihat bersama kawan? Atau untuk paparan di sosial media?
Kita mempunyai cara tersendiri untuk mengekalkan disiplin dan motivasi sendiri. Teruskan misi anda, kerana anda yang lakukanya.
Tetapi harus diingat, jangan sampai memudaratkan diri.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.