>
1. Guna nama sebenar – Hubungan sosial bermula dengan mereka percaya pada anda. Nama sebenar memang penting. Ada juga kebanyakkan pengguna laman FB letak nama yang tidak menunjukkan mereka seorang manusia. Ada yang letak spanar hidup, kasut goreng, tukul besi, biskut kering yang menunjukkan benda. Ingat, hanya manusia yang nak berkawan dengan manusia.Kalau kau letak nama selain dari manusia, trust susah nak terbina. Jadi pastikan tulis nama sebenar ye.
2. Gambar sebenar – Ada tu, dah guna nama sebenar, tapi gambarnya pulak letak gambar lain. Nama orang biarlah kena dengan orang. Ini tidak, gambar orang utanlah, gambar motor, gambar ikan, gambar karberatur memang konflik identiti bila orang nak berkenalan atau nak request sebagai friend. Seeloknya gambar sendiri berukuran saiz kad pengenalan. Semakin wajah anda dikenali, orang lebih percaya untuk berkenalan dan membina hubungan. Cari gambar yang boleh zoom in ye.
3. Gambar cover – Membina profil di laman FB perlu humble dan bercirikan kehidupan. Tidak perlu gambar yang bercirikan kerjaya professionalisme atau letak gambar produk kerana ianya akan membina persepsi orang lain terhadap diri anda. Bila letak gambar produk sebagai cover photo, orang akan fikir anda nak menjual. Di wall personal anda tidak boleh terlalu menonjol untuk menjual sebaliknya cuba bina keserasian sebagai seorang manusia yang mempunyai life yang rendah diri dan humble. Contoh anda boleh letak gambar yang menunjukkan minat, makanan, tempat dan lain-lain.
4. Intro perlu simple dan menunjukkan kehidupan – Bila anda klik profil sendiri, anda akan lihat butang intro kan? Jadi anda perlu edit ruang ini dengan sinopsis tentang diri anda. “Suka memancing, suka melukis dan suka panjat gunung.” Ini contoh sahaja. Di sinilah rakan sosial akan melihat siapa diri anda dengan mudah dan jika ada keserasian, mereka akan senang membina hubungan. Yelah, kau suka memancing, aku pun suka juga. Jadi mudah nak berkongsi atau bertanya soalan. Tak perlu highlight bidang kerjaya masing-masing.
5. Penuhkan ruang personal bio – Di sini barulah dipenuhkan dengan pengalaman anda dalam bidang kerja yang dulu mungkin pernah bekerja di beberapa buah syarikat atau organisasi. Letak sahaja yang sesuai dan menonjolkan siapa anda. Kredibiliti dan pengalaman kerja yang tersusun akan memudahkan rakan di laman sosial untuk enggage dan mengenali anda.
Selamat mencuba ye.