Linangan air mata di hadapan Kaabah, Siti sebak rindu zaman tidak popular. Figura hebat yang bernama Datuk Seri Siti Nurhaliza dikagumi ramai dek kerana statusnya sebagai penghibur terkenal tanahair.
Di sebalik keceriaan Siti di pentas rupa-rupanya ibu kepada dua cahaya mata itu teramat rindukan momen ketika dirinya tidak dikenali.
Malah dia juga meluahkan dirinya sudah lama tidak merasa kehidupan seperti orang biasa, apatah lagi menjadi insan yang kecil di rumah Allah.
Linangan Air Mata Di Depan Kaabah
Menerusi perkongsian ketika bersiaran langsung menerusi akaun rasmi Instagramnya, isteri kepada Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa itu mengalirkan air mata di hadapan Kaabah.
Wanita hebat itu turut menyatakan dia lebih suka duduk bersama orang ramai.
“Ini yang saya rindu sebenarnya, saya jadi orang biasa, dapat duduk macam ni dengan orang-orang biasa, buatkan saya jadi manusia yang sekecil-kecilnya.
“Saya suka duduk macam ni dengan orang ramai, orang tak kenal saya pun dan masing-masing sedang berdoa yang terbaik.
“Ini yang sangat-sangat saya rindui,” ungkap Siti.
Suami Beri Keizinan
Sempena Ramadan bulan penuh keberkatan Siti telah berangkat ke Tanah Suci untuk mengerjakan ibadah umrah.
Perjalanan kali ini Siti ditemani pengurus, Rozi Abdul Razak dan kakak iparnya, Datin Zaiton Mohd Jiwa.
“Alhamdulillah ALLAH makbulkan.
“Walaupun suami saya tak ikut tapi dia mengizinkan saya adalah satu rahmat buat saya.
“Dia tahu saya sangat-sangat rindukan Makkah, Kaabah,” tambahnya.
“JAUHKAN DARIPADAKU SEGALA KEBURUKAN”
Sejurus tiba di Mekah Siti telah berkongsi beberapa foto dan berasa sangat bersyukur kerana Allah permudahkan segala urusan perjalanannya.
“Ya Allah, kepada-Mu aku memohon dan bertawakal.
“Ya Allah, permudahkanlah urusanku, senangkanlah kesusahan perjalananku.
“Berikanlah rezeki kepadaku lebih banyak daripada yang aku minta, jauhkanlah daripadaku segala keburukan,” ungkap Siti.
Baca Disini : Siti Nurhaliza Kongsi Kelebihan SELAWAT, Salah Satu Tanda Kecintaan Kepada Nabi SAW
Mingguan Wanita : Air mata figura hebat tumpah dan itulah pengorbanan nilai sebuah populariti.
Sumber Foto : Instagran Datuk Siti Nurhaliza
Wah bestnya dapat beraya dengan kasut baru.
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita